Cara Buat Puding Buah Kastard, Mudah Sangat & Bahan Pun Tak Banyak!

Kombinasi rasa pudding kastad yang lembut bersama-sama kuah kastad yang lemak bersusu dan juga buah segar yang masam manis menang cukup sedap bila dimakan sejuk. Nyaman rasa bila lalu kat tekak.

Sesekali jom kita memuding, anda boleh follow resepi perkongisan Muhammad Ali ini. Jangan risau, siapa-siapa je boleh buat, mudah sangat dan bahan pun tak banyak! Jom start!

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Puding Susu Nata De Coco Guna Sukatan Cawan, Gerenti Menjadi

RESEPI PUDING BUAH KASTARD

Harini nk share resepi simple tapi sedap.

Jangan risau, siapa-siapa je boleh buat, mudah sangat dan bahan pun tak banyak! Jom start!

BAHAN-BAHAN (PUDING) :

  • 2 setengah cawan air
  • 4 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula
  • 1 tin susu cair

(Texture puding ni bukan macam agar-agar tau, dia lembik sebab saya suka blend dengan sos kastard nanti.. nak keras sikit tambahkan 5gram agar agar serbuk. Gaul dengan bahan diatas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar)

BAHAN-BAHAN (KUAH KASTARD)

  • 2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula
  • secubit garam.

CARA-CARA PENYEDIAAN :

PUDING:

1. Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu.. dah sebati baru on api perlahan

2. Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.

3. Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti

KUAH KASTARD :

1. Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api

2. Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.

3. Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.

4. Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.

Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap.


Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba semua!

Sumber/Foto : Muhammad Ali 

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles