Cara Buat Puding 3 Layer Yang Sedap & Mudah. Boleh Hidangkan Sejuk-Sejuk Untuk Berbuka!

Puding antaran manisan atau pencuci mulut yang sangat digemari oleh ramai. Bukan sahaja sedap malah ia sangat mudah disediakan dan bahan-bahan digunakan juga ringkas. Kebiasaanya puding sangat sedap dimakan sejuk-sejuk. Lebih lagi dimakan ketika berbuka puasa nanti.

Resepi puding 3 layer perkongsian Muhammad Ali boleh anda cuba untuk dijadikan salah satu juadah berbuka nanti.

Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Puding Tutti Fruity Cantik Menarik & Sedap. Mudah & Cepat Nak Buat, Memang berbaloi!

PUDING 3 LAYER BY MR. ALI

Resepi mudah sangat ni tau! Ajomm kita buat

BAHAN-BAHAN LAYER PERTAMA

  • 8 gram agar- agar tali
  • 3 cawan air ( anggaran 750ml)
  • 150 gram susu segar untuk dapat effect putih pada layer pertama.
  • 60 gram gula
  • Oreo crumbs ( optional)

BAHAN-BAHAN LAYER KEDUA

  • 8 gram agar- agar tali
  • 3 cawan air ( anggaran 750ml)
  • 130 gram susu cair
  • 40 gram gula
  • 50 gram cadbury
  • 1 sudu makan serbuk koko

BAHAN-BAHAN LAYER KETIGA

  • 8 gram agar- agar tali
  • 3 cawan air ( anggaran 750ml)
  • 100 gram susu cair
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 150 gram dark chocolate.

CARA-CARA MEMASAK :

Cara memasaknya mudah dan ringkas

LAYER KEDUA

1. Didikan 3 cawan air dan 8 gram agar- agar tali menggunakan api sederhana.

2. Dah mendidih masukkan 150 gram susu segar dan 60 gram gula. Kacau dan tutup api bila dah mendidih.

3. Masukan oreo crumbs bila puding dah suam-suam sikit (optional). Terpulang nak masuk kan berapa banyak. (saya gunakan loyang 8 inci)

(Dalam resepi ni oreo memag tak nampak dibahagian tepi. Tapi nampak di bahagian bawah. Boleh rujuk gambar. Sebab sy nak bagi putih tu nampak kosong baru cantik dan ngam masuk dengan layer-layer diatas. Kalau nak nampak oreo pada layer, ambil biskut oreo patah-patah kecil dan masukan masa puding dah hampir set. Means dia baru half sejukkan)

4. Dah masukan dalam layer pertama. Sejukkan pada suhu bilik. Jangan risau dia akan sejuk sementara kita buat layer seterusnya

LAYER KEDUA

1. Masukan 3 cawan air dan 8 gram agar- agar tali

2. Biarkan mendidih, dan mendidih baru masukan 130 gram susu cair, 40 gram gula, 50 gram cadbury dan 1 sudu makan serbuk koko

3. Kacau dan biarkan mendidih. Dah mendidih off api dan masukan perlahan-lahan keatas layer pertama yang dah sejukkan tadi. Biarkan ianya sejuk pada suhu bilik sementara buat layer terakhir

LAYER KETIGA

1. Masukan 3 cawan air dan 8 gram agar- agar tali.

2. Biarkan mendidih, dan mendidih baru masukan 130 gram susu cair, 40 gram gula, 3 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati

3. Dah sebati masukan 150 gram dark chocolate. Bila dan mendidih off kan api.

4. Masukan perlahan-lahan keatas layer kedua tadi.

5. Sejukkan 40 minit suhu bilik baru masukan dalam peti ais selama 3-4 jam.

6. Dah siap boleh deco ikut kreativiti masing-masing. Saya tabur serbuk koko baru cantik.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber/Foto : Muhammad Ali

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles