Cara Buat Paru Goreng Sambal Garing, Tak Sempat Makan Dengan Nasi Dah Licin!

Paru sambal goreng antara hidangan ringkas yang lazat untuk dinikmati. Bukan semua orang yang gemar makan bahagian dalaman seperti paru ni. Namun bagi penggemarnya ia merupakan satu hidangan yang sangat menyelerakan dan sedap. Selain diratah begitu sahaja,cukup dinikmati bersama nasi putih kosong panas, itu pun sudah cukup menyelerakan. Silap gaya bertambah nasi dibuatnya.

Nak menyediakannya cukup mudah, perkongsian resepi oleh Puan Azizah Salleh ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang baru berjinak nak memasak masakan kesukaan atau mereka yang baru mendirikan rumahtangga.

Mari ikuti perkongsian dibawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Ayam Goreng Jadi Lebih Sedap Campur 3 Bahan Ni. Garing Diluar Juicy Didalam, Dijamin Lagi Sedap Dari Biasa

RESEPI PARU GORENG SAMBAL

Pukul 9 malam nantu cari nasi gara-gara paru goreng garing (pedas-pedas manis). Peveret dia rupanya.

Saya kongsi resepi cara saya untuk adek-adek yang baru kawin. Yang dah kawin tentu-tentu dah pakar buat masakan ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg paru
  • 1 sudu teh sebuk kunyit
  • Garam
  • Minyak Masak
  • 10 ulas bawang ros (kecik)
  • 6-8 biji cili api merah (siam)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kuib ayam
  • 1/2 buku gula kabung (gula melaka)

CARA-CARA MEMASAK :

1. Basuh bersih paru dan rebus supaya ia lembut.

2. Setelah paru lembut, keluar dan toskan airnya. Hiris paru nipis-nipis, gaulkan bersama sedikit garam dan 1 sudu teh serbuk kunyit.

3. Kemudian goreng paru sehingga garing di dalam minyak yang banyak. Angkat dah sejukkan.

4. Kisar kering bawang ros, cili api merah, bawang putih dan halia menggunakan blender atau tumbuk menggunakan lesung batu. Jangan letak air.

4. Panaskan 3 sudu minyak (guna minyak goreng paru tadi). Masukkan bahan kisar, letak sedikit garam dan separuh kiub ayam serta 1/2 buku gula kabung (gula melaka).

5. Masak atas api perlahan sehingga gula larut. Gaul rata. Tutup api.

6. Apabila sambal sejuk, paru pun sejuk baru masukkan paru dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup. Sedap makan begitu sahaja atau makan dengan nasi panas + telur mata.

Mudah kan? Berbaloi masak sendiri.

Selamat mencuba. Saya izinkan anda kongsi resepi ini

TIPS TAMBAHAN :

  • Tips untuk tahan berbulan dan tidak berkulat, masak sambal mesti lama hingga sambal kelihatan merah kehitaman. Bila sambal mengering, perlahankan api supaya bahagian bawah tidak hangus. Teruskan masak dan kerap mengacau.
  • Sambal paru lebih sedap ada manis sedikit, pedas masin cukup rasa.
  • Semasa menggoreng jangan goreng terlalu banyak paru pada satu masa.
  • Tips untuk paru rangup, goreng paru hingga buih-buih berkurangan.

Sumber/Foto :  Azizah Salleh

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles