Cara Buat Mee Sos Daging, Hidangan Mee Yang Sedap & Popular Di Beijing

Mee sos daging atau lebih dikenali Zha Jiang Mian merupakan salah satu chinese noodle yang sangat popular di Biejing.

Bagi mereka yang meminati hidangan masakan chinese boleh cuba membuatnya sendiri di rumah.

Mari ikuti resepi perkongisan Zurina Zulkefli di bawah ini.

ADVERTISEMENT

BACA JUGA : Buat Dry Chilli Pan Mee Ikuti Resepi Ni, Memang Sedap. Restaurant Kopitiam Pun Tak Leh Lawan!

RESEPI MEE SOS DAGING / NOODLE MEAT SAUCE

mi sos daging

BAHAN-BAHAN :

  • Pasta fettuccine
  • Daun bawang (hiris)
  • Bawang putih (cincang)
  • Daging lembu kisar
  • Lada sinchuan (ditumbuk)
  • Tepung jagung
  • Garam
  • Timun (hiris nipis)
  • Lobak merah (hiris nipis)

BAHAN-BAHAN SOS HITAM:

  • 4 sudu besar kicap pekat (dark soy sauce)
  • 4 sudu besar kicap cair (light soy sauce)
  • 3 sudu besar taucu masin (chili bean sauce)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Sesudu serbuk lada sulah (white pepper)
  • 3 sudu cuka hitam (black vinegar)

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak masak, tumiskan hirisan daun bawang dan bawang putih yang sudah dicincang.

2. Masukkan daging lembu kisar dan kacau sehingga masak.

ADVERTISEMENT

3. Masukkan lada sinchuan yang telah ditumbuk hancur. (Jika tiada boleh skip, tetap sedap)

ADVERTISEMENT

4. Tuangkan semua bahan-bahan sos hitam di atas. Kacau rata.

5. Campurkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Boleh tambahkan garam sesuai selera.

6. Siap kuah daging pekat likat. Sekiranya kuah agak kering, boleh tambahkan air untuk cairkan kuah.

7. Tuang kuah ke atas mi, kemudian boleh letakkan hirisan timun dan lobak merah untuk kerangupan.

mi sos daging

8. Gaul sebati dan boleh dimakan. Sedap juga dimakan bersama chili oil. Selamat mencuba!

Mee sos daging

Sumber/Foto: Zurina Zulkefli

ADVERTISEMENT

Related articles