Cara Buat Mee Goreng Budak Sekolah, Teksturnya Yang Sedikit Basah-Basah Memang Sedap & Menyelerakan!

Mee goreng antara hidangan yang biasanya dijadikan sarapan, satu hidangan ringkas yang sedap dan mudah disediakan. Tidak lama lagi bermula rutin ibu ibu menguruskan anak-anak. Resepi mee goreng budak perkongsian Umi Watie ini sesuai dijadikan sarapan ataupun bekal buat anak-anak ke sekolah.

Cara membuatnya sangat mudah dan ringkas. Teksturnya yang basah-basah lembak pasti menjadikan ia hidangan yang disukai oleh anak-anak.

Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Tips Supaya Bihun Goreng Cantik Berkilat Elok & Sedap. Anda Boleh Ikut Tips Yatie Kitchen Ni!

MEE GORENG BUDAK SEKOLAH

Selamat pagi, hari ni dah bermula rutin mak-mak menguruskan anak sekolah. Jadi nak cepat dan mudah kakchik buat Mee goreng Budak Sekolah untuk sarapan.

Memang suka sangatlah anak-anak kalau tengok menu pagi ni. Apa taknya tanpa sayur tanpa togey. Tak tahulah apa ditakutnya dengan sayur tu.

Korang pun sama je kan? Jom mamam.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 biji telur
  • 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 5 tangkai cili kering (kisar)
  • Isi ayam/daging/sotong/udang
  • 2 sdb sos tiram
  • 5 sdb sos cili
  • ¼ cawan kicap manis
  • Air ½ cawan
  • 1 bungkus mee kuning

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Mula-mula gorengkan telur hancur. Bila dah masak, angkat dan letak tepi.

2. Dalam kuali yang sama, tumiskan 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 5 tangkai cili kering. Tumis sampai garing tau. Kalau suka pedas boleh tambah lagi cili tu. Ini kan untuk budak sekolah, mana boleh pedas sangat.

3. Bila bahan kisar kita dah garing, masukkan lauk yang ada. Masukkan pula daging dan ayam. Kalau nak bubuh sotong ke udang ke pun boleh.

4. Bila ayam fan daging dah masak, masukkan 2 sdb sos tiram, 5 sdb sos cili dan ¼ cawan kicap manis pilihan hati. Kacau-kacaukan biar dia mesra.

5. Masukkan air ½ cawan, biar kan merenih kejap.

6. Masukkan sebungkus Mee kuning.

7. Bila mee dah sebati, masukkan telur goreng hancur tadi. Gaulkan sehingga rata.

8. Siap, selamat mencuba!

Sumber/Foto : Umi Watie

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles