Lontong goreng antara hidangan yang kebiasaanya dihidangkan untuk menu sarapan ataupun tengahari. Hidangan yang boleh dikatankan unik kerana ia boleh dihidangkan mengikut cita rasa anda.
Nak menyediakannya mudah dan ringkas sahaja. Mari kita ikuti perkongisan resepi lontong goreng perkongsian Nurul Ateekah di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Masak Nasi Impit Yang Sedap, Pejal Dan Lambat Basi
RESEPI LONTONG GORENG@NASI IMPIT GORENG
Apakah perkara terbaik yang dapat anda hasilkan daripada lontong?
Salah satu resepi yang terbaik adalah lontong goreng. Hidangan ini sangat istimewa kerana pada kebiasaannya hanya akan dimasak semasa Hari Raya. Lontong adalah hidangan serba boleh kerana ia boleh dihidangkan mengikut citarasa anda. Contohnya, penambahan sayur-sayuran seperti taugeh, sawi hijau atau kobis.
Anda juga boleh memilih sama ada udang, daging cincang atau ayam dalam masakan anda . Boleh juga disesuaikan dengan sos dan sambal untuk perasakan Lontong Goreng dengan cara yang anda suka.
Lontong Goreng juga sesuai dijadikan sarapan atau makan tengah hari.
BAHAN-BAHAN :
- Lontong 900gram(dipotong dadu besar)
- Udang sedarhana (200- 300gram
- Isi dada Ayam (direbus&dicarik )
- Sos Cili 2 sudu besar
- Sos Tomato 2 sudu besar
- Sos Ikan 2 sudu besar
- Kicap manis 3-4 sudu besar
- Kucai (agak2)
- Kubis dihiris tipis (jika mahu)
- Telur 4 biji
- Gula 1-2 sudu besar
- Garam (jika perlu
- Serbuk Perasa ( jika perlu )
- Daun sup ( bahan hiasan )
- Cabai Merah(bahan hiasan)
- Daun bawang (bahan hiasan)
BAHAN YANG PERLU DIKISAR :
- Cili Kering=10-15 batang
- Bawang besar=½-1biji
- Bawang Putih 5 ulas
- Udang kering=2-3 sudu besar
CARA MASAK :
1. Panaskan minyak secukupnya , masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak .
2. Masukkan udang dan masakkan ia seketika .
3. Kemudian , masukkan sos cili , sos tomato , sos ikan , kicap , gula , garam dan serbuk perasa (jika perlu) , dan gaulkan .
4. Masukkan lontong , kucai , kubis , isi ayam dan telur . Gaulkan kesemuanya sehingga sebati .
5. Kemudian taburkan cili merah ,daun bawang dan daun sup .
6. Angkat dan siap untuk dihidang .
Sumber/Foto : Nurul Ateekah
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Viral Malaysia Ku