Cara Buat Lepat Jagung Yang Sedap & Lembut Bergedik Tanpa Kukus. Hanya Kacau Sehingga Masak!

Lepat Jagung ni memang sedap, nak membuat pun sangat mudah dan senang. Menariknya resepi perkongisan Mas Cotek ini tak perlu kukus, hanya kacau sahaja bahan-bahan sehingga masak. Kemudian bungkus dan sejukkan. Dah sejuk boleh terus makan. Boleh lah buat lebih bagi kat jiran-jiran.

Mari ikuti perkongisan resepi Lepat Jagung oleh Mas Cotek di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Tak Perlu Kukus! Ini Cara Buat Kuih Tepung Pelita Versi Kacau. Sekali Kacau Dapat 25 Bekas

RESEPI LEPAT JAGUNG TANPA KUKUS

Lepat Jagung, resepi lebih kurang Lepat Cendol je. Mudah bebeno cara hat ni. Hanya kacau sehingga masak, kemudian dibungkus dan sejukkan dalam esbox. Opah nak ngabehkan daun pisang semalam. Pas tu nak mulang mangkuk piring jiran-jiran opah ni hah.

Ni opah habor siap-siao kalau tak de daun kome tuang je dalam citak lompang atau citak biku-biku comei tu. Nak sudu dari poyok pun boleh kalau kome memalas, tak de sape nak maghoh. Tapi buruk laku le.. #komeScroll gambo tu ye. opah ada tunjuk cara bungkus lepat opah.

Ok dah siap. Lepat Jagung (tanpa kukus) oleh Mas Cotek. Lentok gedik-gedik lepat jagungnya. Sumber Resepi #IgMajalahRasa

BAHAN-BAHAN :

1 cwn tepung jagung
2 sdb tepung Hoen Kwe
3/4 cwn gula
5 1/2 cwn santan
1 cwn jagung (opah bantai jagung tin je)
3 sdb perasa jagung (opah guna cap 2 singa)
1 sdt garam
Daun Pisang Secukupnya utk membungkus dilayur

CARA-CARANYA :

1. Satukan kesemua bahan-bahan, kacau sebati

2. Dengan menggunakan api perlahan masak sehingga pekat/meletup-letup.

3. Kacau lagi sehingga adunan kelihatan berkilat. Tutup api

4. Angkat kemudian ambil 2 sdb adunan cedokkan ke atas daun, bungkus ketika masih panas.

5. Lipat tepi dia sikit (tarik ketepi sikit adunan tu) cupuih je.

6. Lepas tu kome gulung

7. Opah gulung degan cara pegang ujung dan pangkal kemudian opah pusing-pusing kan. Kena buat dengan cepat lah ye proses mengulung ni sbb adunan lepat tu cayo/lembik. Kang terkeluo pulak dari daun.

8. Lipat sebelah kemudian tolak adunan tu bagi padat.

9. lipat sebelah lagu rope ini.. dah siapp.

10. Sejukkan dulu kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk

Ni tadi opah nak buat bideo konon gedik-gedik goyang-goyang. Sekali cucu ngocah, tak jadi le buat bideo. Tapi tengok le dia punya lentok lepat tu tak boleh bawak bincang.

Sedia dihidangkan, Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles