Cara Buat Lepat Boko Ubi Kayu Yang Sedap, Buka Order Je Penuh. Peniaga Ini Kongsi Resepinya!

Pernah makan Lepat Boko Ubi Kayu? Rasanya yang lemak-lemak manis, memang tak jemu dimakan.

Nak menyediakan dan membuatnya juga mudah sahaja. Dalam satu hantaran, Qaisara Qistina berkongsi resepi Lepat Boko Ubi ini. Menurut beliau kuih ini antara yang paling laris semasa beniaga dulu. Bukak order je penuh. Alhamdulillah.

Mari kita ikuti perkongisan beliau di bawah ini.

ARTIKEL BERKIATAN : Cara Buat Lepat Jagung Yang Sedap & Lembut Bergedik Tanpa Kukus. Hanya Kacau Sehingga Masak!

LEPAT BOKO UBI KAYU

Paling laris masa mama Sara niaga time PKP dulu. Bukak order je penuh. Alhamdulillah. Kenangan yang tak boleh lupa. Kali ni kami share resepi lepat boko ubi ni. Senang, sedap, legit dan pasti jadi.

Lepat Boko Ubi Kayu

BAHAN-BAHAN :

  • 2 Cawan parutan ubi kayu.
  • 2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • 1 sdb gula

BAHAGIAN PUTIH

  • 200 ml santan
  • 1 1/2 cawan air
  • 4 sudu tepung beras (1/2 cawan)
  • 1/2 sdk garam

CARA PENYEDIAAN :

1. Satukan parutan ubi kayu, gula merah, air dan gula di dalam periuk. Masak hingga likat. Ketepikan.

2. Untuk bahangian putih, satukan semua bahan dan masak hingga agak likat.

3. Sudukan adunan parutan ubi di atas daun pisang.

4. Kemudian letakkan bahagian putih diatasnya.

5. Lipat daun pisang dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.

6. Kukus Kuih Lepat Boko Ubi selama 20 minit.

Lepat Boko Ubi Kayu

7. Angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.

Lepat Boko Ubi Kayu

Selamat mencuba dan merasai kesedapannya

Sumber/Foto : Qaisara Qistina

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles