Cara Buat Kuih Lopes Sagu Yang Lembut & Sedap. Ikut Je Resepi Opah, InsyaAllah Menjadi & Puas Hati!

Kuih Lopes Sagu antara kuih tradisi yang sedap untuk dinikmati. Cara membuatnya pula sangat ringkas dan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni, Opah Mas Cotek ada kongsikan resepi dan cara membuatnya.

Mari ikuti perkongisan opah di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Kaswi Gula Merah Yang Sedap & Lembut Bergoyang, Sukat Guna Cawan Je!

ADVERTISEMENT

LOPES SAGU/KUIH SAGU (OLEH MAS COTEK)

Lopes Sagu, yang ni opah kaco kejap ateh dapo, lepas tu opah kukus.. ok dah siap.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cwn sagu
  • 1 cwn gula pasir
  • 3 cwn air
  • 1 1/4 sdt sirap berperisa ros (opah guna golden lion)
  • 4 5 helai pandan disimpul

CARA MEMASAK :

1. Dalam periuk panaskan air, gula, pandan dan perisa ros hingga mendidih.

2. Keluarkan pandan

ADVERTISEMENT

3. Masukkan sagu, kacau rata

4. Apabila sudah agak pekat,keluarkan pandan kemudian tuang sagu ke dalam loyang
(opah guna loyang 10×10 sebab opah gandakan sukatan/sapu sedikit minyak ye)

ADVERTISEMENT

5. Kukus selama 20min atau sehingga sagu jernih.

7. Angkat. Sejukkan dan potong

8. Gaul dengan kelapa parut + garam.

Siap dihidangkan

SELAMAT MENCUBA!

Sumber/Foto : Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles