Cara Buat Kuih Lopes Guna Rice Cooker. Senang, Cepat & Yang Penting Sedap Menyelerakan!

Kuih Lopes namapanya seakan nama orang putih tapi ianya merupakan hidangan kuih tradisional orang Melayu dan semestinya sajian kuih warisan in ramai penggemar dan peminatnya.

Resepi perkongisan  Shahera Ilani sangat mudah dan cepat kerana resepi ini tak perlu nak kukus, nak gulung-gulung daun pisang. Campak-campak sahaja dalam rice cooker. Senang, cepat dan yang paling utama sedap.

Jom ikuti perkongisan beliau di bawah ini.

BACA JUGA : Resepi Roti Jala Simple, Comfirm Lembut Sampai Ke Petang & Tak Mudah Basi!

RESIPI KUIH LOPES MASAK GUNA RICE COOKER

Kuih lopeh versi rice cooker. Tak payah kukus, tak payah gulung-gulung dalam daun pisang. Campak-campak je dalam rice cooker. Senang, cepat dan menyelerakan. Siap untuk kudapan nanti petang.

kuih lopes

BAHAN PULUT:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau – jika perlu
  • Kelapa parut secukupnya

BAHAN AIR GULA MELAKA

  • 1 keping gula melaka
  • 1 cawan gula perang
  • 5 cawan air
  • 1 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.

2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.

3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas bersesuaian. Kemudian bentukkan bulat. (boleh guna cawan)

4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.

kuih lopes

5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.

6. Sedia untuk dinikmati bersama pulut tadi.

kuih lopes

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Shahera Ilani

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles