Cara Buat Kuih Ketayap Yang Lembut & Sedap. Guna Sukatan Cawan Je, Pasti Menjadi!

Resepi kuih ketayap perkongisan Noraslinda Md Radzhi ni memang sangat sedap dan pasti menjadi! Menariknya resepi ini menggunakan sukatan cawan, jadi ia akan memudahkan dalam proses membuat kuih ketayap ini.

Kuih ketayap atau gulung ini antara kuih tradisi popular yang sememangnya sedap dan di minati ramai. Mari ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Berlemak & Lembut, Ini Cara Buat Kuih Seri Muka Menggunakan Sukatan Cawan. Confrim Jadi!

RESEPI KUIH KETAYAP/GULUNG

Assalamualaikum.. Ada ke yang sama menu sarapan pagi ni. sSambil buat untuk hantar kat kedai kawan, buat untuk sarapan sekali

BAHAN-BAHAN :

  • 2 setengah cwn santan (drpd 1/2biji kelapa .. ambik separuh je ye)
  • 1/2 cwn air pandan
  • 2 setengah cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2sdb tepung ubi
  • 1 sdb minyak masak
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau

Blend semua bahan kecuali minyak masak, pewarna dan garam. Tapis, kemudian masukkan minyak masak dan pewarna dan secubit garam. Kacau sebati dan ketepikan.

BAHAN INTI KELAPA :

  • 1 biji kelapa putih
  • 3/4 cwn gula merah
  • 2 sdb gula pasir
  • 1/2 cwn air
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit tepung gandum

Air, daun pandan, gula merah dan gula pasir di masak hingga gula larut. Masukkan kelapa, kacau dan di masak hingga hampir kering. Taburkan sedikit tepung gandum. Kacau-kacau, siap. Ketepikan

NOTA :

  • kalau kaler inti kurang gelap, tambahkan gula merah. sikit-sikit
  • Inti bagi basah-basah sikit, bila makan rasa berjus.

CARA MASAK KULIT KETAYAP :

1. Panaskan pan @ kuali, kemudian oles minyak masak.

2. Adunan yang di sediakan awal tadi kacau-kacau dulu ye. Ambik sesenduk, tuang atas kuali. Dardarkan adunan tu. Apabila bahagian tepi keliling dah lekang.. angkat

3. Buat sehingga adunan habis

4. Kemudian boleh mula berintikan.. gulung.

5. Siap

Selamat mencuba! Resepi ni boleh juga untuk nak buat kuih cara manis.

Sumber/Foto : Noraslinda Md Radzhi

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles