Cara Buat Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur Macam Orang Dulu-Dulu. Texture & Rasanya Memang Ummphh!

Kuih bakar pandan memang tidak asing dalam kalangan kita. Kebiasaanya proses membuat kuih ini menggunakan telur. Namun menarik resepi perkongisan Nuraishah Binti Ibrahim ini tidak menggunakan telur.

Walaupun tidak menggunakan telur, texture dan rasanya tetap sedap dan ummphh. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak boleh makan telur, ada alahan dan sebagainya.

Mari kita ikuti perkongisan beliau di bawah ini

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Kek Pandan Kampung Guna Dapur Gas. Hasilnya Gebu & Sedap!

KUIH BAKAR PANDAN TANPA TELUR

Kuih bakar pandan TANPA TELUR… Akhirnya berjaya dapat rasa dan texture yang ummphh. Kadang-kadang resepi kat internet tal berapa jadi. Ni resepi mak Hazizah Salleh juga yang ummphh!

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
1 suku cawan gula
2 cawan santan
3 cawan setengah air daun pandan
Secubit garam

CARA MEMASAK :

1. Sediakan satu bekas, satukan semua bahan. Pukul/kacau sehingga sebati serta tidak berketul.

2. Kemudian tapis adunan supaya dapat hasilkan kuih lebih cantik dan mulus.

3. Sedikan loyang yang sesuai. Sapukan majerin yang banyak/tebal pada permukaannya.

4. Tuangkan adunan kuih bakar pandan yang telah ditapis tadi.

5. Bakar atas dapur menggunakan api yang perlahan sehingga anda berpuas hati dengan keraknya, atau bakar menggunakan oven suhu 180-220 selama 45 minit. Jika nak lebih garing boleh tambah masa lagi.

6. Angkat dan sejukkan sebelum dipotong. Siap

HASILNYA :

Sumber/Foto : Nuraishah Binti Ibrahim

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles