Cara Buat Kuey Teow Sup Ala-Ala Kopitiam, Ringkas Je Tapi Rasa Memang Sedap!

Hujung-hujung minggu ni jika tak kemana atau tiada idea nak masak apa boleh cuba kuey teow sup ala-ala kopitiam ni, boleh dijakdikan hidangan makan tengahari, petang atau malam. Mesti sedap

BACA JUGA : Buat Dry Chilli Pan Mee Ikuti Resepi Ni, Memang Sedap. Restaurant Kopitiam Pun Tak Leh Lawan!

KUEY TEOW SUP ALA-ALA KOPITIAM

Kue teow sup ala-ala kopitiam for lunch harini. asik lalu lalang kat wall, terliur tengok. Perghh memang sedap, gigih buat minyak bawang putih tuk campur dalam sup, makan pulak ngan cili potong. Memang mabelesss.

ADVERTISEMENT

CARA PENYEDIAAN SUP :

  1. Rebus isi ayam hingga mendidih.
  2. Masukkan fishball
  3. Masukkan 1 kiub ayam & white pepper
  4. Keluarkan isi ayam dari kuah sup. Sejukkan & carikkan isi ayam.

Sambil tunggu sup masak, sila cuci kuey teow untuk buang lebihan minyak. Toskan.

CILI KICAP

  1. potong cili & campurkan dgn kicap masin.
    Kuey Teow sup

GARLIC OIL

  1. Cincang 1 labu bawang putih. Nak senang pakai chopper.
  2. Masukkan minyak dalam kuali kecil, masukkan bawang putih.
  3. Hidupkan api, guna api kecil je. Kacau hingga bawang garing & kekuningan kemudian tutup api. Jangan sampai bawang hangus nanti pahit.
    Kuey Teow sup

SIAP

Masukkkan dalam mangkuk. Susun isi ayam, Sendukkan sup berserta fishball Masukkan cili potong dan minyak bawang putih.

kuey teow sup

Selamat Mencuba!

ADVERTISEMENT

Sumber/Foto : Siti Rahayu Ahmad

ADVERTISEMENT

Related articles