Cucur ada pelbagai jenis resepi. Ada cucur bawang, ada cucur ikan bilis dan lain-lain. Kebiasaanya cucur inilah yang kita akan sediakan untuk menu hidangan sarapan ataupun minum petang.
Jika anda ingin sesuatu yang baru, anda boleh cuba resepi cucur/kueh labu goreng (kimpu kueh) perkongsian Musyahadah Oo ini. Menurutnya ini adalah resepi turun temurun daripada mayong beliau. Bahan dan cara membuatnya juga sangat ringkas dan mudah.
Mari ikuti perkongsian beliau dibawah ini
ARTIKEL BERKAITAN : Bulat-Bulat Cantik, Ini Cara Buat Cucur Ikan Bilis Rangup Diluar & Lembut Di Dalam
RESEPI KUEH LABU GORENG / KIMPU KUEH
Menu petang,kawan dalam group ini mesti ramai yang tak pernah makan kueh labu ni kan? Ini lah kueh labu goreng yang lembut. Kita panggil KIMPU KUEH(chinese) Resepi turun temurun dari moyang. Boleh di coba. Bahan dan cara nak buat pun mudah.
BAHAN-BAHAN :
- Labu kuning (disagat halus)
- Tepung gandum
- Kucai
- Bawang merah kecil (dihiris)
- Bawng putih (dihiris)
- Garam
- Lada sulah
- Air sejuk
- Aji/perasa sedikit kalau suka
CARA MEMBUATNYA :
1. Sediakan satu bekas, masukkan kesemua bahan-bahan kecuali air.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Gaulkan kesemua bahan seperti membuat adunan cucur.
3. Panaskan minyak dan goreng adunan sehingga keemasan. Angkat dan toskan.
Siap, sedia untuk dihidangkan. Boleh dicicah bersama sos thai/cili. Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Musyahadah Oo
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku