Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Sampai Berebut Anak-Anak Makan!

Kalau anak-anak susah nak makan sayur, boleh mula ajar mereka makan sayur dengan membuat kerepek terung rangup ini.

Bukan setakat budak, orang dewasa pun suka kalau sayur digoreng tepung macam ni. Cepat je habis sepinggan. Sesuai dibuat untuk kudapan makan petang.

Jom lihat cara membuat kerepek terung perkongsian oleh Puan Syahirah Adnan ini.

ADVERTISEMENT

RESEPI KEREPEK TERUNG RANGUP UNTUK KUDAPAN ANAK

Sedap terung goreng ni..

Semalam tengok member dalam group ni share macam mana dia nak tarik minat anak makan sayur..
Alhamdulillah saya baru je goreng ni untuk kudapan petang anak, berebut diorang makan.

Yang ini saya gaul dengan tepung bestari je.. Tq pada “baba” yang share resepi & tips ni

Ha gambar kedua tu, kita repeat lagi goreng untuk dinner.. Ada kawan-kawan dalam group cakap potong bentuk jejari pun sedap..

ADVERTISEMENT

Masha Allah lagi sedap!! Macam fries!!!

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • Terung
  • Tepung bestari

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Guna terung yang masih keras. Cuci bersih dan potong nipis.

2. Taburkan tepung bestari secukupnya. Gaul sehingga tepung bersalut rata dengan terung. Tepung tak perlu bancuh dengan air.

3. Sedia untuk digoreng dalam minyak yang panas sehingga garing.

TIPS EXTRA : 

Kalau tiada tepung bestari, taburkan garam, serbuk kunyit, tepung jagung dan gaul rata. Taburkan serbuk cili jika mahu pedas.

Selamat mencuba!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysiaku
Sumber/Foto : Syahirah Adnan via Rencah Rasa

ADVERTISEMENT

Related articles