Cara Buat Kek Chiffon Pandan Guna Sukatan Cawan. Lembut & Gebu Macam Kapas!

Sebelum ada pelbagai jenis dan variasi kek-kek moden yang ada pada hari ini, kek Ciffon Pandan ini merupakan kek yang popular dalam kalangan mak-mak kita suatu ketika dulu. Rasanya yang sedap, teksturnya yang ringan, lembut dan gebu serta aromanya yang membangkitakan selera membuatkan ia digemari ramai.

Nak membuatnya juga mudah dan ringkas. Jika anda ingin mencuba ada boleh ikuti perkongs1an resepi oleh Opah Mas Cotek di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Som Som Sagu Lembut Bergedik & Sedap Pula Tu. Nah, Opah Kongsikan Resepinya!

ADVERTISEMENT

KEK CIFFON PANDAN

Kek Ciffon Pandan oleh Mas Cotek

BAHAN A :

  • 6 biji putih telur (telur A)
  • 1 sdt cream of tartar
  • 3/4 cwn gula halus

CARANYA :

1. Mix putih telur sehingga berbuih

2. Masukkan gula dan cream of tartar

ADVERTISEMENT

3. Mix lagi sehingga kental /bertanduk.. ketepikan

BAHAN B :

  • 6 kuning telur
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 3/4 cwn tepung self raising (blue key)
  • 1/4 cwn minyak jagung
  • 1/4 cwn air pandan (blend 4 helai)
  • 1/2 cwn santan kara
  • sedikit pewarna hijau

CARANYA :

1. Dalam bekas lain mix kelajuan sederhana kuning telur bersama gula halus

ADVERTISEMENT

2. Masukkan minyak,air pandan, pewarna hijau dan santan.. mix lg

3. Akhir sekali masukkan tepung..mix perlahan sehingga sebati

LANGKAH SETERUSNYA :

1. Masukkan bahan A ke dalam. bahan B sedikit demi sedikit.. kaup balikkan sehingga sebati

2. Masukkan ke dalam loyang hentak sekali dua

3. Bakar suhu 170 selama 1 jam api atas bawah

4. Keluarkan dari oven terus terbalikkan atas redai kek dan biarkan kek sejuk (lebih kurang 45min)

5. Sisipkan keliling kek keluarkan dari loyang

Siap

NOTA DARI OPAH :

  • Loyang jangan di lanser dgn margerin/minyak dan sebagainya
  • Saiz loyang opah guna 22cm @ 9in

Sumber/Foto : Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles