Cara Buat Kaswi Pandan Lemak Manis Yang Sedap & Lembut Bergoyang, Guna Sukatan Cawan Je!

Bagi mereke yang menggemari aneka kuih-muih tradisional, kuih kaswi pandan ini memang perlu anda cuba buat. Rasanya yang lemak-lemak manis, teksturnya yang lembut dan bergoyang, dihidangkan pula bersama kelapa parut dan garam memang sedap.

Nak membuatnya juga cukup mudah, mari kita ikuti perkongisan resepi oleh Mas Cotek di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Tak Perlu Kukus! Ini Cara Buat Kuih Tepung Pelita Versi Kacau. Sekali Kacau Dapat 25 Bekas

KASWI PANDAN LEMAK MANIS

Kaswi pandan lemak manis, siap kilaih lagi tu, hehehe. opah share sebahagian dari resepi-resepi terdahulu disini. Diizinkan share. Silakan.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung ubi
  • 1 1/2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan dr 6 helai pandan
  • 4 cwn air
  • 1 1/4 cwn gula
  • 1 sdt air kapur
  • 1/2 sdt pewarna hijau star brand

CARA-CARA PENYEDIAANYA :

1. Sediakan loyang 10×10 sapu sedikit minyak

2. Panaskan kukus

3. Satukan kesemua bahan, tapis jika perlu (opah blend je)

4. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 40min

5. Buka penutup kukus dan biar kan 10 min lagi. Tujuannya nak bg air pada permukaan kaswi kering/boleh tap-tap tisu dapur jika permukaan masih berair.

6. Tutup api/keluarkan kuih

7. Biar betul-betul sejuk kemudian potong

Hidang bersama kelapa parut putih dan garam. Siap!

Dapatkan Mini Grinder serbaguna ni. Memang puas hati, harga pun murah je di Shopee > Mini Grinder Superfine Powder

Mudah lepas ni nak buat serbuk cili, kacang, lada hitam. Guna je mini grinder ni.. 😍

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Mas Cotek

Related articles