Cara Buat Karipap Kampung Berjerawat Macam Orang Tua Dulu-Dulu. Simple Je, Confrim 3-4 Biji Sekali Makan!

Resepi masakan orang dulu-dulu walaupun simple namun hasilnya tidak menyecewakan. Sama seperti karipap kampung jerawat ini. Kulit karipap kampung ni dia ‘berjerawat’, itulah yang buat ia jadi lebih sedap.

Bahan cara memasak pun ringkas dan mudah sahaja. Dah siap masak, makan pula panas-panas tersangatlah sedap, 3 4 biji pasti tak cukup.

Jom cuba buat menggunakan resipi perkongsian dari Missz Amira ini. Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Donut 1 Cawan Tepung Yang Cantik & Gebu Kejadiannya. Ngam Untuk 2 Orang Makan

RESEPI KARIPAP JERAWAT, CARA ORANG KAMPUNG DULU-DULU

Dah puas makan donut, karipap jerawat inti kentang+ayam tumpang lalu. Karipap kampung cara orang tua dulu-dulu. Simple je, makan panas-panas confirm 3-4 biji sekli makan. Resepi 2 cawan tepung boleh lah sekali hadap 1 family.

BAHAN-BAHAN KULIT KARIPAP :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sb tepung beras
  • 1/2 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 1 sb marjerin
  • 3 sb minyak masak

BAHAN-BAHAN INTI KARIPAP :

  • 1 biji bawang holland saiz kecil
  • 3 biji kentang saiz biasa
  • 1 ketul dada ayam saiz besar (banyak pun boleh)
  • 1 sb rempah kari ayam/daging
  • 2 cawan air
  • 3 sb gula
  • 1 sk garam

ADVERTISEMENT

CARA-CARA PENYEDIAAN INTI KARIPAP:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang, ayam dan rempah kari ayam/daging.

ADVERTISEMENT

2. Masukkan kentang, air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan sehingga hampir kering. Bila dah hampir kering, kacau-kacau supaya rata sehingga kering sepenuhnya (guna air sederhana).

3. Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk begini je. Kalau suka lembik, tambah air dan masak lebih lama.

CARA PENYEDIAAN KULIT KARIPAP :

1. Gaul rata semua bahan semua kecuali minyak dan marjerin.

2. Panaskan minyak sekejap dan masukkan marjerin sehingga cair, kemudian terus masukkan ke dalam tepung tadi masa panas-panas.

3. Gaul dengan senduk sehingga semuanya sebati dan jadi seperti serbuk roti. Masukkan 1/2 cawan air sejuk dari peti ais. Uli sebati.

4. Hasil doh yang sudah siap. Saya tak perap pun.

5. Sedia untuk digelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan pun boleh, nak guna acuan pun boleh. Acuan ni beli dekat sh0pee “acuan karipap/dumpling maker”.

6. Inti dan tepung okay ngam-ngam cukup dapat banyak ni.

7. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana je.

Hasilnya, memang sedap makan panas-panas!

Sumber/Foto : Missz Amira

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles