Kacang tanah goreng ni memang sedap kalau dikunyah, ralit menguyah terkadang tak perasan sebalang dah nak habis. Lagi-lagi rasa semua seimbang.. memang tak sedar bila menguyah.
Nak membuatnya juga cukup mudah dan senang. Buat sendiri sahaja dirumah. Boleh adjust adjust rasa ikut tekak kita. Sesuai sangat buat untuk kudapan di rumah. Nak buat jual atau kudapan untuk raya akan datang pun boleh juga.
Jom ikuti perkongisan resepi oleh E-cah Katman di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Bebola Kek Coklat Cheese, Hanya Gaul 3 Bahan Je. Siap!
RESEPI KACANG TANAH GORENG MASIN SEDAP MACAM MAK-MAK KITA BUAT DULU
Tiba-tiba teringat kacang yang mak goreng dulu-dulu. Sekarang kalau nak makan buat la sendiri. Terhasil la kacang goreng tengah-tengah hari ni. Resepi ada di bawah ye..
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kg kacang tanah besar
- Bawang putih – dihiris
- Halia- dihiris
- 1 peket serbuk nasi goreng
- Air
- Garam dan perasa cukup rasa
CARA PENYEDIAAN :
1. Sediakan periuk, masak air, garam dan perasa secukupnya sehingga mendidih. Tutup api.
2. Masukkan kacang tanah besar, bawang putih dan halia. Biarkan ia terendam sehingga air sejuk (lebih kurang dalam 1 jam)
3. Bila air sudah sejuk, toskan bahan yang direndam kemudian ketepikan.
4. Panaskan kuali dan minyak (seperti menggoreng kerepek). Kemudian goreng kesemua bahan yang telah ditoskan tadi (kacang tanah besar, bawang putih dan halia) sehingga garing.
5. Angkat dan toskan. Masukkan kedalam bekas, kemudian perasakan pula dengan perencah nasi goreng masa kacang masih panas-panas supaya melekat rencahnya. Gaul-gaulkan hingga sebati.
Tara, ini hasilnya. Jangan tak tau bawang putih ngan halia tu sedap jugak kunyah wei.
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : E-cah Katman
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku