Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap. Sedapnya Boleh Buat Ketagih!

Jeruk mangga asam boi antara snek yang amat sinonim dengan rakyat Malaysia. Rasanya yang pelbagai seperi masamnya, manisnya, pedasnya membuatkan ia digemari. Jadi tidak hairanlah ianya dijual digerai-gerai berhampiran kediaman anda.

Nak menyediakannya pula sangat mudah, lebih jimat malah lebih jimat. Malah anda boleh adjust rasa yang anda inginkan. Berbaloi rasanya makan hasil air tangan sendiri sambil sambil menonton racangan di TV.

Maka perkongsian resepi Sham Sabri ini boleh ada gunakan untuk hasilkan jerung mangga asam boi yang sedap. Lihat gambar perkongsian beliau sahaja dah boleh buat kita terliur. Mari kita ikuti perkongsian ini di bawah.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Tak Payah Beli Lagi, Ini Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob Yang Sedap & Senang Sangat

JERUK MANGGA ASAM BOI KRUP KRAP

Sharing is carring. Ada tak hantu @ peminat jeruk mangga asam boi macam sis. Sis nak share resepi..

Sukatan ikut sesedap rasa uolls la ye.

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • 2 biji mangga
  • 5 – 6 biji cili api ( bole dikurang/ ditambah)
  • 3 – 4 sudu makan gula pasir
  • 5 biji asam boi
  • 1/4 cawan ais krim soda ( nak buh lebih pun boleh)

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.

ADVERTISEMENT

2. Masukkan ke dalam balang

3. Campurkan semua bahan-bahan lain – gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda.

Siappppp.. Simpan dalam peti ais. Semalaman

HASILNYAAA .. JERUK MANGGA YANG RANGUPP GITU.

selamat mencuba.. Jika suka bole share.

Sumber/Foto : Sham Sabri

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles