Bila masuk ke bakery antara yang menjadi pilhan adalah tuna puff ini. Salah satu hidangan sedap dan mengeyangkan. Terkadang makan satu tak cukup, biasanya akan beli 2 atau lebih.
Sebenarnya anda boleh buat sendiri tuna puff ini, nak pelbagaikan inti juga boleh. Ini adalah cara mudah atau instant yang boleh anda ikuti untuk menyedian tuna puff.
Resepi perkongisan Shai Anne Ahemed ini sesuai untuk mereka yang tidak punya waktu atau suka hidangan yang cepat untuk dimakan.
Mari ikuti perkongisan di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Chicken Pie Yang Sangat Sedap. Jika Dibuat Jualan, Memang Laku Keras!
RESEPI INSTANT TUNA PUFF
3 bahan je.. Nasib baik ada lagi Roti paratha dalam peti ais. Petang-petang cuaca pun sejuk, perut pun asyik lapo je kan. Penyediaan yang mudah, cepat dan ringkas
BAHAN-BAHAN:
- Roti paratha
- Tuna (tuna sandwich dalam tin)
- Telur
CARA PENYEDIAAN
1. Ann guna Roti Paratha
2. Letak 1 keping roti .. hiriskan kiri kanan dan tigal kosong ditengah untuk inti tuna..
3. Letakkan tuna atau sardin (saya guna tuna sandwich dalam tin)
4. Lipatkan (ikut gambar di bawah)
5. Masukkan dalam air fryer
6. Suhu 170°c 10minit, balikkan puff tambah masa 7/5 minit lagi bergantung pada Air Fryer masing-masing.
Roti Paratha bakar kosong pun dah sedap. Gebu roti tu jadinya.
TIPS :
Untuk ksedapan inti tuna tu bole ejas ikut citarasa masing-masing ye. Nak buat sendiri pun bole. Macam Ann ikut kemalasan sendiri. So lebih cepat dapat ngam je.
Selamat mencuba
Sumber/Foto : Shai Anne Ahemed
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku