Cara Buat Ikan Masin Duri Masak Asam, Kecur Air Liur Dibuatnya!

Ikan masin duri masak asam ini hidangan yang ringkas namun sangat la sedap dan menyelerakan. Jika tidak sempat masak atau takda idea nak masak apa, inilah menu ringkas yang boleh anda cuba.

Tak perlu banyak-banyak lauk dah, makan lauk ikan masin ni dengan nasi putih dan telur dadar dah cukup. Pasti licin diserbu anak-anak dan suami.

Jom ikuti resepi ikan masin suri masak asam perkongsian Muhamad Ismail Mohd Ali ini. Nampak menyelerakan betul. Kecur air liur dibuantnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Ikan Bilis Asam Jawa Padu. Sedapnya Sampai Kering Kuah Dihirup Anak-Anak

RESEPI IKAN MASIN DURI MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN :

  • Ikan duri masin
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Cili hidup
  • Cili melaka
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam

CARA-CARA MEMASAK :

1. Goreng ikan masin setengah masak dulu.

2. Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih, cili kering, cili hidup dan cili Melaka.

3. Masukkan air asam jawa sikit dulu. Kalau nak berkuah, boleh tambah lagi.

4. Perasakan dengan sedikit dan garam.

5. Akhir sekali, masukkan ikan masin yang di masak setengah masak tadi.

Siap untuk dihidang.

Kalau korang suka lauk yang berkuah, lebihkan je air asam tu. Boleh gaul kuah tu dengan nasi nanti.

Takde lah makan kering-kering kan. Pastikan goreng separuh masak dulu ikan masin tu sebelum nak masak asam. Barulah dapat ikan masin yang garing nanti.

Selamat mencuba.

Sumber/Foto : Muhamad Ismail Mohd Ali 

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles