Ikan masak cuka antara hidangan pembuka selera orang dulu-dulu. Hidangan yang sedap dan bahan-bahan yang digunakan guna ringkas sahaja.
Resepi ikan masak cuka ini rasa kuahnya masam, manis dan pedas pastinya. Terasa masam masam manis ala ala acar gitu. Resepi ikan masak masak cuka ini mudah dan amat sedap dimakan bersama nasi panas.
Anda sendiri boleh cuba memasaknya dirumah. Resepi, cara dan tips supaya ikan masak cuka jadi lebih sedap boleh ikuti perkongsian oleh Norizah Saad ini.
Jom ikuti perkongsian di bawah ini.
ARTIKEL PILIHAN : Cara Buat Ikan Bilis Asam Jawa Padu. Sedapnya Sampai Kering Kuah Dihirup Anak-Anak
RESEPI IKAN MASAK CUKA
Arwah mak pesan kalau buat masak cuka ikan kena boh bawang merah dan bawah putih yang kecik-kecik. Siap sudah masakan kesukaan arwah mak. Alfatihah untuk mak semoga tenang di Sana.
resepi.
CARA NAK BUAT IKAN MASAK CUKA JADI LEBIH SEDAP
Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas. Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap.. Nak buat ke.. senang ja.
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :
- 2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau ikan tenggiri atau ikan merah).
- 10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus2 tau)
- 5 ulas bawang putih
- 6 biji Cili padi
- 1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
- Sedikit halia
- 2 camca Cuka makan
- Garam & gula secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumih.
CARA-CARA MEMASAK :
1. Ikan digaul sikit kunyit dan garam, pastu goreng. Jangan garing sangat tau.
2. Ambik periuk, letak sikit minyak bila panas tumis biji sawi.
3. Masuk bawang kechik dan putih
4. Masuk 1/2 cawan air, kemudian masuk cuka, Garam, Gula dan Cili padi
5. Biarkan mereneh sekejap dan angkat.. dah boleh dihidang.
Senang sahaja kan? Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Norizah Saad
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku