Cara Buat Ikan Bilis Asam Jawa Padu. Sedapnya Sampai Kering Kuah Dihirup Anak-Anak

Masakan ikan bilis asam jawa merupakan satu hidangan yang ringkas namun sedap dan menyelerakan. Jika anda tiada apa idea nak memasak ini antara menu yang boleh anda hidangkan kepada ahli keluarga.

Ikan bilis asam jawa je, tapi jangan terkejut sedapnya sampai kering kuahnya anak-anak duk hirup. Jika anda tidak pernah masakn hidangan ini, maka ini adalah salah satu hidangan yang perlu ada cuba.

Disini kami kongsikan resepi perkongsian oleh Nurul Ateekah

RESEPI IKAN BILIS ASAM JAWA CILI DAN BAWANG

1 lauk nih mudah disediakan, 1 lauk ni boleh menjadi rebutan.

1 lauk ni boleh menambah nasi, 1 lauk ni hari-hari makan pon tak jemu

1 lauk nih orang berpantang pon boleh makan

1 lauk ni yang demam pon berselera untuk makan

1 lauk nih, tak Kira KIDS, YOUNG or PARENTS sangat mengemarinya..

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :

  • 1 gengam ikan bilis(cuci Dan toskan)
  • 1 biji bawang besar(potong bulat)
  • 1 batang cili merah(potong serong)
  • 1 batang cili hijau(potong serong)
  • 3 ulas bawang putih (dikatok)
  • 1½ sudu besar asam jawa+1 cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil serbuk perasa Knorr
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • ½ cawan minyak masak

CARA MEMASAK :

1. Panasakan minyak ½ cawan,gorengkan ikan bilis sehingga rangup.


2. Masukkan bawang putih,masak sehingga kekuningan.


3. Masukkan perahan asam jawa, serbuk lada hitam, serbuk perasa

4. Kemudian masukkan ,bawang merah, cili merah, cili hijau, dan gula.

5. Gaul sebati dan siap dihidang

Sumber/Foto : Nurul Ateekah

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik

Related articles