Cara Buat Daging Masak Hitam Ala Kenduri. Tak Perlu Gula & Garam, Memang Dah Sedap

Daging masak hitam antara menu pihan utama untuk dijadikan menu hidangan kenduri kawin untuk para tetamu. Rasanya daging serta kuahnya yang berempah dan pekat memang sedap sehingga membuatkan kita teringat-ingat.

Kebiasaanya penyediaan daging masak hitam ini kita tidak perlu lagi dimasukkan garam dan gula, kerana rasa masin dan manis dari kicap sudah mencukupi.

Jika anda teringin nak makan daging masak hitam ini tidak perlu lagi tunggu waktu kenduri. Masak sendiri dirumah pun boleh. Ikuti sahaja perkongsian resepi oleh Rusfaniza Abu Yazid ini.

BACA JUGA : Resepi Gulai Daging Kawah, Rasanya Sebiji Macam Dekat Kenduri!

RESEPI DAGING MASAK HITAM ALA KENDURI

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :

  • Daging 2kg
  • Kicap manis
  • kicap pekat
  • Cili kering 20 tangkai
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 10 ulas
  • Halia 5-6 hiris
  • Serai 2 batang
  • Buah keras 5 biji
  • Kismis hitam 1 genggam (jika tiada guna ja yang kuning)
  • Jintan manis 1 sudu kecik
  • Lada hitam 1 sudu kecik

daging masak hitam

CARA-CARA MEMASAK :

1. Perap daging dengan kicap manis, kicap pekat dan cili kering yang telah dikisar selama 2-3 jam.

2. Sementara tunggu daging diperap, kita kisar dahulu bahan-bahan ni dulu Kisar asing bawang besar, bawang putih dan halia (bekas biru). Kemudian kisar pula serai, kismis, buah keras, jintan manis dan lada hitam (bekas pink).

3. Jika dah cukup masa perapan daging, boleh mula menumis.

daging masak hitam

4. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan, kemudian masukkan masukkan bawang dan halia yang telah dikisar. Tumis seketika

5. Kemudian masukkan pula bahan rempah yang telah dikisar. Timus sehingga pecah minyak.

6. Bila pecah minyak macam ni, masukkan daging perapan. Masak guna api perlahan dan jangan letak air. Nanti daging akan keluarkan air.

daging masak hitam

7. Masak sampai kering macam ni. Ikut kan tak perlu dah tambah gula dan garam lagi sebab dah ngam-ngam rasanya. Tapi sebab saya suka manis letak jugak 2 sudu.

daging masak hitam

Nak kering macam ni api perlahan… 3 jam jugak la tapi berbaloi, puas makan.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Rusfaniza Abu Yazid

Related articles