Cucur antara hidangan yang sedap untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Cucur biasanya dinamakan mengikut bahan yang digunakan. Sebagai contoh cucur udang, cucur ikan bilis, cucur pisang dan sebagainya.
Ini antara hidangan cucur yang biasa kita buat, namun ada juga cucur yang boleh anda cuba iaitu cucur jagung. Mesti ramai yang belum pernah buat atau makan cucur jagung kan?
Inilah yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail, dengan dua ketul jagung pun dah cukup untuk makan satu famili. Anda boleh buat cucur jagung yang rangup diluar dan lembut didalam. Memang sedap makan panas-panas. Nak cecah sos pun boleh lagi bertambah sedap. Nak pula guna jagung segar lagi manis rasanya.
Jom ikuti perkongisan resepi beliau di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Bulat-Bulat Cantik, Ini Cara Buat Cucur Ikan Bilis Rangup Diluar & Lembut Di Dalam
RESIPI CUCUR JAGUNG SUPER DUPER SEDAP – RANGUP DILUAR LEMBUT DIDALAM
Makan panas-panas sedap sangat la rangup kat luaq lembut ja kat dalam. Jagung pulak fresh isi manis sungguh. Serius memang sedap sapa tak try memang rugi.
BAHAN-BAHAN
- Isi jagung yang dihiris
- Tepung gandum
- Cili blend
- Udang kecik @ ikan bilis tumbuk kasar
- Bawang Besar dihiris
- Serbuk Kunyit & Serbuk Ikan Bilis
- Garam & Gula Secukup Rasa
- 1 Biji Telur
- Air suam
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Kupas kulit jagung pastu hiris isi jagung ya. (Jangung tidak perlu direbus)
2. Sediakan satu bekas dan masukkan tepung (agak-agak kuantiti sesuai dengan bahan lain), hirisan isi jagung, hirisan bawang besar, udang, serbuk kunyit, garam, gula, serbuk ikan bilis sedikit dan cili kisar. Gaul sebati semuanya.
3. Bancuh adunan dengan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu pekat atau cair. agak-agak senang kita nak jemput guna tangan.
4. Kemudian pecahkan sebiji telur dan gaul sehingga sekata dan sebati.
5. Sediakan kuali dan panaskan minyak.
6. Goreng adunan sehingga nampak keemasan, boleh angkat dan tos minyak.
Siap untuk dihidangkan.
Makan panas-panas memang sedap sangat. Rangup kat luar lembut kta dalam. Cikna suka cicah dengan sos rasanya lagi bertambah sedap
Selamat Mencuba!
Sumber/Foto : Ana Mariana Ismail
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik
Viral Malaysia Ku