Cara Buat Colek Kaki Ayam Air Asam Yang Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!

Bagi mereka yang meminati hidangan kaki ayam atau ceker ini, ia merupakan satu hidangan yang lazat dan menyelerakan. Kebiasaanya ceker atau kaki ayam ini dimasak sup dan dihidangkan panas-panas.

Selain di buat sup, ia juga sedap dibuat colek kaki ayam air asam seperti yang dikongsikan oleh Nursoffea Zakaria. Menarik dan sedap, ia juga merupakan menu jualan beliau.

Mari ikuti perkongsian resepi beliau di bawah ini.

COLEK KAKI AYAM AIR ASAM

Alhamdulillah, Colek kaki ayam air asam. Antara jualan saya. Sambil jaga anak-anak kat rumah. On the way ambil anak kat sekolah, saya singgah hantar jualan kat kedai.

BAHAN-BAHAN A:

  • Kaki Ayam
  • Garam
  • Halia
  • Bawang Putih

BAHAN-BAHAN B (AIR ASAM) :

  • Asam Jawa
  • Perasa (Gula, Garam & Aji)
  • Air Rebusan kaki ayam
  • Bawang Holand (potong dadu)
  • Totato (potong aadu)
  • Cili Api Merah & Hijau (potong dadu)
  • Daun Ketumbar (potong halus)
  • Cili flakes
  • Limau kasturi

CARA MEMASAK :

Kaki ayam di potong kuku/bagi bersih/rendam air garam lepas tu basuh balik

2. Setelah dibersihkan rebus kaki ayam bersama  garam halia & bawang putih sehingga lembut. Angkat, tos dan ketepikan.

Saya masak guna periuk Noxxa masak selama 20minit. Bila kaki ayam lembut baru sedap di makan. Ini la rahsia bila masak kaki ayam..bila keras potong mood nak makan.

3. Sediakan air asam jawa (lebihkan air asam ini bagi pekat gitu lagi padu rasanya). Perasakan dengan gula garam dan aji. Masak seketika dan biarkan sejuk.

4. Potong dadu bawang holand, tomato, cili api merah dan hijau (Sebab apa guna 2 jenis hijau & merah, untuk nampak menarik bagi orang tetarik.

5. Potong halus daun ketumbar.

6. Masukkan kesemua bahan yang dipotong dadu bersama kaki ayam dan air asam jawa bila air asam dah suam-suam). Gaul sehingga semuanya sebati. Masukkan sedikit kicap sotong (nak letak boleh tak letak pon takpe)

7. Bila semua bahan telah di gaul sebati. Last tabur kan cili flakes & letak limau kasturi suppaya nampak menarik dan tetarik.

Colek kaki ayam air asam siap untuk dimakan. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nursoffea Zakaria

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles