Cara Buat Churros Yang Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam. ‘Confirm’ Lembut Sampai Esok!

Churros memang sedap dimakan sebagai kudapan. Lembut, rangup dapat pulak dicecah dengan sos coklat memang layan dibuatnya. Nak membuatnya pun mudah dan senang.

Resepi perkongisan oleh Myra Myra ini anda boleh jadikan panduan. Churros yang dihasilkan beliau luar rangup dalam gebu lembut. Dan masih lembut sampai ke esok nya.

Paling penting gunakan acuan yang besar, jika guna acuan yang kurus sikit, churros jadi keras. Mari kita ikuti perkongisan beliau dibawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Almond Coklat, Sedap Dan Rangupnya Memang Boleh Habis Sebalang

RESEPI CHURROS YANG RANGUP DI LUAR GEBU DI DALAM

Churros saya buat ni acuan nya besar. Kalau panas, luar rangup dalam gebu lembut. Dan masih lembut sampai ke esok nya. Kalau guna acuan yang kurus sikit, churros jadi keras.

BAHAN-BAHAN :

  • Air 1 cawan
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Butter 1 sudu besar
  • Gula 1 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur gred A

CARA-CARANYA :

1. Didihkan air, masukkan buter, gula, garam dan esen vanilla. Tutup api.

2. Masukkan tepung gandum, kaup balik sampai sebati.

3. Masukkan telur, kacau sampai sebati.

4. Letakkan nozzle bunga terlebih dahulu ke dalam piping bag, Potong muncung piping bag, tolak nozzle keluar dan pastikan ia ketat sebelum memasukkan acuan.

5. Kemudian baru kaupkan adunan ke dalam piping bag.

6. Paipkan terus ke dalam minyak atau boleh juga paip terlebih dahulu atas dulang untuk dapatkan saiz yang sama.

RESEPI DIP COKLAT

BAHAN-BAHAN :

  • Coklat Beryl’s
  • Susu cair/susu fullcream

CARA-CARANYA :

1. Satukan kedua-dua bahan dan cairkan dengan menggunakan teknik double boiler.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto :  Myra Abdul 

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles