Cara Buat Biskut Roti Kering Homemade Guna Roti Sandwich

Musim hujan-hujan bergini perut terkadang cepat terasa lapar. Rasa nak mengunyah je kan? Sedapnya jika makan Roti Kering ni sambil cicah Kopi O panas. Ada orang tu, kadang sebungkus pun tak cukup. Kalau anda gemar ataupun suka makan Roti Kering, apa kata anda cuba buat sendiri secara homemade.

Cara penyediaan mudah sahaja, bahan utama semestinya roti sandwich. Resepi perkongsian oleh saudari Ayu Watie ni memang mudah. Cubalah.

RESEPI BISKUT ROTI KERING HOMEMADE

Suka tak?
Biskut roti kering.. untuk sarap pagi anak-anak ke sekolah.. cecah air kopi.. sedapnya..

BAHAN-BAHAN:

  • Roti sandwic
  • Marjerin
  • Gula

CARA MEMASAK:

1. Ambil roti sandwic dan potong empat. Lakukan hingga habis.

2. Sapu marjerin dan tabur gula pada roti dengan secukupnya.

3. Susun dalam dulang dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit.

4. Keluarkan, biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

HASILNYA

Sumber/Foto : Ayu Watie via RASA

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik

Related articles