Cara Buat Bingka Roti Pandan Bakar Yang Sedap, Mudah & Ringkas. Sekejap Je Licin!

Roti putih antara makanan yang kebiasaanya di beli oleh masyarakat kita. Namun terkadang ia tidak habis dan dibiarkan sampai tamat tempohnya. Roti putih boleh dipelbagaikan sehingga menjadi hidangan yang sedap dan menyelerakan.

Contohnya seperti bingka roti bakar ini bakar perkongsian Noriza Awang Hamat ini. Nak menyediakannya cukup mudah dan ringkas. Yang mana roti dah hujung-hujung nak expired atau memang teringin nak makan tu boleh la cuba yer.

Mari ikuti perkongisan resepi di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Kek Chiffon Pandan Guna Sukatan Cawan. Lembut & Gebu Macam Kapas!

BINGKA ROTI PANDAN BAKAR

Assalamualaikum.. selamat pagi. Pagi ni cikza breakfast dengan bingka roti bakar. Yang mana roti dah hujung-hujung nak expired tu boleh la cuba yer.

BAHAN-BAHAN :

  • 5 keping Roti
  • Susu segar
  • 4 biji Telur
  • 2 cawan Santan
  • 1/2 cawan Gula
  • 1 cawan Tepung gandum
  • 1 sb Planta
  • Sedikit air Daun Pandan
  • Sedikit Garam
  • Esen Vanila

CARA MEMASAK :

1. Rendam kepingan roti dalam susu segar dan ketepikan.

ADVERTISEMENT

2. Kemudian kisar telur, santan, gula, tepung, planta, air daun pandan, garam dan esen vanila.

3. Sapukan sedikit planta pada loyang (saiz 7) dan kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi dan kemudian masukkan roti yang direndam. Kacau bagi sebati.

ADVERTISEMENT

4. Kemudian bolehlah dibakar. Selepas masak, bakar lagi menggunakan api atas dalam 10 minit supaya roti garing.

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Noriza Awang Hamat

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles