Cara Buat Bingka Roti Kukus Mudah & Ringkas. Guna Sukatan Cawan Je, InsyaAllah Sedap & Menjadi!

Jika ada roti putih dirumah atau lebihan roti putih yang nak tamat tempot boleh la cuba buat bingka roti kukus ini.

Nak menyediakan cukup mudah dan ringkas malah ia juga sesuai dijadikan hidangan pada bila-bila masa sahaja. Ini resipi yang dokongsikan oleh puan Noriza Awang Hamat, boleh la anda cuba, InsyaAllah sedap.

ADVERTISEMENT

Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Manis, Masin & Lemak. Ini Cara Buat Pulut Kuning Kelantan, Tetap Lembut Walaupun Dah Sejuk!

BINGKA ROTI KUKUS

Assalamualaikum.. selamat pagi. Sarapan pagi cikza, bingka roti kukus. Kalau tengok roti dah nak habis tempoh tu boleh la cuba buat, Insyaallah sedap.

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • 7 keping roti Gardenia
  • 3 bji telor
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • Sedikit garam dan sedikit perwarna kuning telur.
  • 3 cawan santan

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Potong bahagian tepi roti kecil-kecil (untuk di tabur di atas adunan), ketepikan.

2. Kemudian satukan kesemua bahan dan blender/kisar.

ADVERTISEMENT

3. Sediakan loyang yang telah disapu dengan sedikit planta dan tuangkan adunan bahan yang telah diblender/kisar.

4. Taburkan tepi roti yang telah dipotong kecil di atas aduanan.

5. Kukus selama 45 minit.

SIAP!

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Noriza Awang Hamat

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles