Cara Buat Bengkang Ubi Yang Lembut dan Lemak Manis Yang Sangat Sedap

Bengkang Ubi merupakan kuih tradisi yang sememangnya sedap dan digemari ramai. Bahan dan cara penyediaanya ringkas dan mudah. Ikuti sahaja resepi perkongsian resepi oleh Mas Cotek ini. Jom buat! Sebelum tu moh le kita ubi dulu ye.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Tepung Bungkus Yang Lemak & Lembut, Kuih Tradisi Kegemaran Ramai Sepanjang Zaman!

RESEPI BENGKANG UBI

Bengkang Ubi hasil kejadian malam tadi. Derhaka dengan resepi sendiri. Kali ni opah tak perah pun ubinya. Lebur sekali dengan semua bahan yang ada. Rasa tetap sama, tu opah taip baru resepinya. Resepi asal kome gi kat link hat opah bagi tu ye.

ADVERTISEMENT

LINK RESEPI ASAL —> Bengkak Ubi(oleh Mas Cotek)

BAHAN-BAHAN :

  • 4 cawan ubi siap diparut (opah timbang 4 cawan tu bersamaan 1.2kg lebih kurang yang dah siap parut)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 biji telur A
  • 2 sdb margerin di cairkan
  • 1 sdt pewarna kuning

CARA-CARANYA :

1. Panaskan oven suhu 180

2. Sediakan loyang 10×10 sapu sedikit margerin

ADVERTISEMENT

3. Satukan kesemua bahan

4. Ssebatikan sehingga gula larut

ADVERTISEMENT

5. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak ikut kesesuaian oven masing-masing. Opah tambah 10min api bawah, kemudian 5min api atas.

6. Sejukkan kemudian baru dipotong

#BengkangUbi
Selamat Mencuba

Sumber/Foto : Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles