Cara Buat Bendi Sambal Udang Kering Ala Chicken Rice Shop, Mudah Sahaja Rupanya!

Bagi mereka yang pernah mencuba hidangan bendi sambal udang kering di Chicken Rice Shop pasti tahu akan rasanya. Memang sedap sangat.

Hidangan ini antara hidangan wajib bagi mereka yang mengunjungi ke Chicken Rice Shop. Namun jika anda teringin nak makan, boleh sahaja buatnya dirumah. Mudah dan ringkas sahaja.

Anda pasti berpuas hati setelah mencubanya sendiri. Mari ikuti perkongsian resepi oleh Zurila Ghani di bawah ini.

BACA JUGA : 3 Bahan Ini Wajib Letak Supaya Masakan Lebih Sedap

RESEPI BENDI SAMBAL UDANG KERING

Bendi ala chicken rice shop memang feveret seisi keluarga. Cara buat dia senang jah awok.

Bendi Sambal Udang Kering

BAHAN-BAHAN:

  • Sayur Bendi
  • 8 ulas bawang putih
  • Udang kering
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Cili flakes
  • Gula
  • Garam

CARA MEMASAK :

1. Sayur Bendi dicelur terlebih dahulu. (Sekejap saja, jangan sampai layu). Angkat dan ketepikan.

2. Kisar bawang putih kasar-kasar bersama udang kering sikit (direndam dan ditumbuk terlebih dahulu).

3. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan udang kering yang telah dikisar sehingga naik bau dan keperangan. Kacau rata.

4. Selepas itu masukkan sos tiram, sos ikan dan cili flakes. Kacau seketika.

5. Masukkan sedikit gula dan garam.

6. Setelah itu, tuangkan keatas sayur bendi yang telah dicelur. Siap

Selamat mencuba!

****

Dapat Mini Grinder serbaguna ni. Memang puas hati, harga pun murah je di Shopee > Mini Grinder Superfine Powder

Mudah lepas ni nak buat serbuk cili, kacang, lada hitam. Guna je mini grinder ni.. 😍

Sumber/Foto : Zurila Ghani

Related articles