Cara Buat Bebola Keledek Manis Viral, Lembut Di Dalam Garing Diluar. Memang Sedap!

Jika anda perah pergi ke Thailand anda pasti pernah nampak kuih bulat-bulat comel ini dijual. Selain rupanya yang bulat comel, rasanya ia juga sangat sedap.

Bebola Keledek Manis ini mempunyai tesktur yang lembut dan sedikit kenyal. Memang sedap dimakan panas-panas. Anak-anak sudah tentu suka akan hidangan ini. Rupanya sahaja sudah menarik minat untuk kita memakannya.

Pasti ada yang tak sabar nak membuatnya. Ikuti sahaja resepi perkongsian Opah Mas Cotek ini, insyaAllah menjadi dan sedap! Jom buat.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Serius Sedap! Ini Cara Buat Crab Rangoon. Dah Siap, Sekelip Mata Habis Dimakan

BEBOLA KELEDEK MANIS

Bebola Keledek Manis (oleh Mas Cotek)

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ½ cwn keledek oren (siap direbus dan dilenyek)
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn tepung pulut
  • 3/4 cwn tepung beras
  • 1 sdt baking powder
  • 1/2 sdt garam

CARA-CARANYA:

1. Satukan kesemua bahan

ADVERTISEMENT

2. Uli sehingga jadi doh yang lembut

3. Bulat-bulatkan

ADVERTISEMENT

4. Dengan menggunakan api sederhana, goreng terendam sehingga masak kuning keemasan

5. Angkat dan hidangkan ketika panas

SIAP

NOTA :

Jika suka bebola yang lebih kenyal komer lebihkan tepung pulut ye

Sumber/Foto : Mas Cotek 

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles