Cara Buat Bebola Kek Coklat Cheese, Hanya Gaul 3 Bahan Je. Siap!

Makanan bercoklat sememangnya sedap dan sangat digemari ramai terutamanya anak-anak. Selain kek ada pelbagai hidangan yang ibu-ibu boleh sediakan sendiri dirumah untuk habuan kudapan anak-anak.

Antaranya bebola kek coklat bercheese perkongsian Iedaa Jahaya ini. Nampak sangat sedap dan menarik bukan. Bukan itu sahaja sedap, malah cara penyediaanya cukup ringkas dan mudah. Bahan yang diperlukan juga hanya 3 bahan sahaja. Hanya gaulkan bersama tanpa menggunakan mixer.

Mari kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Buat Sendiri Coklat Bar, Guna 3 Bahan Sahaja. Memang Mudah Dan Ringkas

BEBOLA KEK COKLAT BERCHEESE

Assalamualaikum, jadi la habuan untuk anak-anak makan. Bebola kek coklet bercheese

BAHAN-BAHAN:

1 peket biskut marie (perisa coklat atau asli, mana-mana pun boleh, kisar halus, gaul bersama)

ADVERTISEMENT

250g cheese tatura

ADVERTISEMENT

Gula icing (optional – Kalau nak lebih sikit manis, boleh tambah gula icing, kalau tak nak manis tak perlu letak)

Coklat masakan

CARA-CARA:

1. Kisar halus biskut marie. Kemudian, gaulkan dengan cheese tatura sehingga sebati.

2. Bulat-bulatkan seperti dalam gambar.

3. Cairkan coklat masakan secara double boiler.

4. Golek bebola adunan dalam coklat cair. Kalau nak tabur badam pun boleh. Sejukkan.

Sumber/Foto: Iedaa Jahaya

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles