Bebola ayam homemade ni sebenarnya mudah untuk disediakan, jika dibuat goreng sekejap sahaja licin dimakan anak-anak. Bukan anak-anak saja, mesti ramai yang suka makan bebola ayam ni termasuklah mak ayahnya sekali.
Bebola ayam ni bolehlah dihidang untuk menu-menu pilihan contohnya sup, bakso, mee kari, tomyam dan sebagainya. Cara nak buat cukup mudah, jom ikuti perkongisan resepi bebla ayam oleh Yati Mohd di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Doktor Ini Kongsi Resipi Kiub Pati Ayam Homemade, Lebih Sihat Dan Tanpa MSG
RESEPI BEBOLA AYAM
Assalamualaikum utk semua dan salam sejahtera.. Hari ni saya nak kongsikn satu lagi resepi mudah yang boleh diperbagaikn menjadi menu harian kita.
BAHAN-BAHAN :
- Isi ayam bhgn dada sekeping(1/2 kilo)
- 3 sdb tepong jagong
- Sebiji telor ambek putihnya saja
- 1/2 btg karot
- Sedikit daun bwg n daun ketumbar
- Cili besar merah dibuang biji
- Sesudu mnyk bijan
- Kiub ayam knorr, sedikit, garam, gula, lada sulah n serbok perasa
CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan hingga lumat.
2. Bentukkan bulat hingga habes.
3. Panaskn air. Bila mengelegak, masokkan bebola. Biar hingga timbol n angkat.
4. Siap utk dihidang brsama sos cili.
Boleh juga digoreng. Memang yummy.
Kalau suka boleh juga dibuat sup, bebola masak sos plum, bebola sweet sour, sambal bebola.
Selamat mencuba.
Sumber/Foto : Resepi Masakan Yati Mohd
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Viral Malaysia Ku