Cara Buat Bakwan Sedap. Kena ikut Teknik Ni Supaya Lebih Rangup

Bakwan rangup antara hidangan snek yang digemari oleh ramai orang. Kuih seperti cucur ini mempunyai rasa yang sedap dari udang atau ikan bilis dan turut mempunyai sayuran menjadikan hidangan ini hidangan yang berkhasiat.

Nak menyediakannya juga cukup ringkas dan mudah. Sesuai dijadikan hidangan pagi, tenghari atau petang. kami kongsikan resepi bakwan untuk anda cuba.

BACA JUGA : Bancuh Tepung Guna Cara Ini, Barulah Dapat Cucur Kucai Yang Sedap. Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam!

RESEPI BAKWAN RANGUP

Bakwan rangup

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu tepung beras*
  • 4 sudu tepung bestari pedas* (jika ada)
  • 1/2 cawan udang geragau kering*
  • 1 biji telur* (tak ada pun tak apa)
  • Sedikit garam*
  • 1 1/2 cawan lobak merah sagat**
  • 1 1/2 cawan taugeh**
  • 1 1/2 cawan hirisan kobis**
  • 5 tangkai daun kucai**
  • 1 labu bawang besar hiris**

CARA-CARA :

  1. Bancuh bahan bertanda (*) dengan air sejuk. Agak-agak jangan terlalu pekat dan jangan cair.
  2. Masukkan pula bahan bertanda (**). Gaul rata.
    Bakwan rangup
  3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Sendukkan sedikit adunan, goreng nipis-nipis supaya lebih rangup. Cara goreng seperti gambar di bawah.
  4. Goreng sehingga garing dan berwarna keemasan.
    Bakwan rangup
  5. Angkat dan toskan.
    Bakwan rangup

BAHAN SOS PENCICAH :

  • 2 biji lada merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu gula pasir
  • 4 sudu sos cili
  • 4 sudu air panas

CARA-CARA :

  1. Tumbuk lumat lada merah, bawang putih dan gula pasir. Campurkan dengan sos cili dan air panas.
    Bakwan rangup

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Siti Khajar

Related articles