Cara Buat Bakso Yang Sedap & Kaw, Resepi Asli Dari Orang Indonesia. Mengiurkan!

Bakso memang tidak asing dalam kalangan kita. Resepi popular Indonesia ini memang terkenal dengan keenakkannya. Kuahnya dimasak menggunkan air rebusan tulang ataupun tulang rusuk segar. Maka tidak hairanlah ia hidangan yang sangat popular dan sedap.

Jika anda ingin merasai bakso original Indonesia, anda boleh ikuti resepi perkongisan Indri Alvirra Alvisya ini. Beliau merupakan orang Indonesia sendiri.

Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Mudah Masak Bihun Sup Tulang Utara. Ikut Jerr Resepi Ni Confirm Menjadi

RESEPI – CARA MASAK BAKSO ASLI INDONESIA

Lunch hari ini saya buat Bakso asli Indonesia, sebab saya orang Indonesia

BAHAN BEBOLA DAGING

  • 500 gram daging lembu giling
  • 1sdk baking powder
  • 2 sdk garam
  • 90ml air sejuk (air peti ye)
  • 1 biji putih telur
  • 5 sdb tepung ubi
  • 2 siung bawang putih ditumbuk

CARA PENYEDIAAN :

1. Gunakan mangkuk besar, satukan tepung ubi dan baking powder. Ketepikan.

2. Kisar halus daging lembu kisar bersama sedikit air.

3. Daging halus tadi letakkan bawang putih, putih telur, serbuk lada putih dan garam. Uli sehingga sebati.

4. Bila dah siap uli, campurkan dengan bahan tepung ubi dan baking powder tadi. Uli lagi sampai sebati.

5. Simpan dalam bekas dan tutup dengan plastik, masukkan dalam peti ais selama 3o minit.

6. Bila doh dah sejuk sikit, cubit sedikit dan bentukkan bulat bakso. Kemudian rebus seketika.

7. Bila bakso dah terapung, maknya bakso dah masak.

BAHAN KUAH BAKSO

  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 sdk serbuk lada putih
  • 3 sdb garam
  • 2 liter air
  • 2 batang daun bawang
  • 500 grm tulang daging lembu

CARA PENYEDIAAN :

1. Rebus air sehingga mendidih dan masukkan tulang lembu. Biar dalam 30 minit.

2. Kemudian masukkan bawang putih yang sudah dihaluskan.

3. Masukkan daun bawang, garam dan serbuk lada putih.

BAHAN SAMBAL BAKSO

  • 1 paket cili padi
  • Lada kering
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula

CARA PENYEDIAAN :

1. Cili padi direbus bersama lada kering. Kemudian kisar bersama bawang putih.

2. Rebus bahan kisar tadi, masukkan garam, ajinamoto dan gula secukup rasa.

3. Tunggu sehingga mendidih dan siap!

4. Sedia untuk dimakan bersama mee kuning atau mihun.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Alvirra Alvisya

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles