Cara Buat Ayam Percik. Nak Bakar Dalam Oven Boleh, Air Fryer Pun Boleh. Dua-Dua Sedap!

Sedapnya ayam percik, biasanya jika nak makan kita akan ke pasar atau kedai berhampiran untuk membelinya. Jika teringin memang akan cuba usaha dapatkannya kan. Jika agak susah nak membelinya anda juga boleh but sendiri dirumah. Nak bakar dalam oven boleh, nak masak dalam air fryer pun boleh.

Nak membuatnya pun mudah sahaja sebenarnya, ikut sahaja resepi dan cara perkongsian oleh SuiSan Aliezsha ini. InsyaAllah sedap kerana ia merupakan resepi ayam percik yang dibuat jualan oleh beliau sendiri. ‘

Mari kita ikuti perkongsian beliau dibawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Rahsia Buat Ayam Roasted Yang Giler Sedap, Garing DiLuar Lembut Didalam. Guna Air Fryer Je!

RESEPI AYAM PERCIK

Saya share lagi resepi ayam percik yang saya buat jual ni. Semoga ilmu yang kita kongsikn manfaat buat semua. Boleh la cuba buat untuk santapan family makan ramai-ramai. Mesti seronok

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam
  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Kunyit hidup
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Garam
  • Gula
  • Sos cili
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Tepung jagung

CARA PENYEDIAAN:

1. Cuci ayam, potong dan toskan.

2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.

3. Kemudian, kisar halus ketumbar dan jintan manis.

4. Tumis bahan-bahan tadi tanpa minyak. Pastikan garam dan gula secukup rasa.

5. Kemudian, masukkan ayam dan pastikan ayam dimasak dalam setengah masak.

6. Selepas itu, letak ayam di atas stand. Renjis minyak zaitun atau minyak masak. Bakar pada suhu oven 180 (20 minit) atau air fryer 200 (15 minit), bergantung pada air fryer masing-masing.

CARA PENYEDIAAN KUAH:

1. Kisar cili kering dan bawang putih.

2. Panaskan kuali atau periuk. Masukkan cili dan masukkan sedikit air. Kacau hingga cili masak.

3. Kemudian, masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung.

4. Kacau hingga kuah menjadi pekat.

5. Pastikan gula garam secukup rasa. Jika ada bijan, campur di dalam kuah.

Sumber/Foto : SuiSan Aliezsha 

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles