Cara Buat Ayam Masak Thai Yang Kaw Sedap. Sekali Cuba Pasti Repeat Masak Lagi!

Selain ikan, ayam juga antara hidangan masakan wajib yang sering disediakan untuk santapan ahli keluarga. Pelbagai masakan yang boleh dimasak menggunakan ayam. Terkadang hidangan ayam yang dimasak adalah menu yang berulang-ulang namun ia tetap sedap dan digemari. Contohnya masak kicap, masak merah, masak kunyit ,sup dan sebagainya.

Jika inginkan kelainan anda boleh cuba resepi ayam masak thai perkongisan Aien Weyl ini. Selain sedap ianya hidangan ringkas yang mudah disediakan. Jom ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Ayam VaruVal, Sedapnya Sampai Anak & Suami Menjilat Jari!

ADVERTISEMENT

RESEPI AYAM MASAK THAI

Tak boleh move on lagi ayam masak thai ni. Buat dah semalam, tak cukup.. Haha.. So arini kita repeat buat lagi.

BAHAN A :

  • 10 ketul bahagian ayam digoreng
  • 1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
  • 2 batang serai dititik
  • Daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • Sedikit air
  • Minyak

BAHAN B – BAHAN KISAR :

  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 2 biji cili api

CARA-CARA MASAK :

1. Panasakan minyak, tumis serai yang dititik sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan hirisan bawang dan daun limau purut. Tumis sehingga garing.

ADVERTISEMENT

3. Masukkan bahan kisar, tumis seketika.

4. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, air. Gaul sekata.

ADVERTISEMENT

5. Setelah itu masukkan ayam yang telah di goreng dan perasa ikut sesedap rasa. Gaul sekata.

Siap! Selamat mencuba.

Sumber/Foto : Aien Weyl

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles