Cara Buat Ayam Masak Briyani Mudah & Sedap. Isi Ayam Lembut Terlerai Di Mulut

Jika anda tiada idea nak masak apa untuk lauk ayam atau asyik masak lauk ayam yang sama sahaja. Anda boleh cuba resepi ayam masak beriani yang mudah dan sedap ni.

Di masak dengan menggunakan rempah briyani. Memang hasil masakan ayam yang berkuah pekat, berempah, harum. Ha, memang sedap!

Nak cuba buat Ayam Masak Beriani? Jom kita cuba resipi Ayam Masak Beriani seperti yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini.

BACA JUGA : Cara Buat Ayam Masak Thai Yang Kaw Sedap. Sekali Cuba Pasti Repeat Masak Lagi!

RESIPI AYAM MASAK BRIYANI

Kali ni zie share Ayam Masak Briyani cara #dapurpolis paling mudah dan sedap. Suka reneh ayam lama biar isi ayam lembut bila makan terus terlerai dimulut

Ayam Masak Briyani

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ½ ayam potong dan cuci bersih

BAHAN KISAR :

  • 7-8 biji bawang merah
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 4 inci halia

Kisar asing: 15 tangkai cili kering yang telah direbus lembut

BAHAN REMPAH :

  • 2 batang serai diketuk
  • 1 helai daun pandan simpulkan
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu besar penuh rempah briyani
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbu kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 5 sudu besar sos cili saji
  • 4 biji buah tomato dipotong dadu

BAHAN LAIN :

  • ½ tin susu krimer sejat Saji
  • Garam, gula, serbuk perasa secukup rasa
  • Air mengikut pekat atau cair kuah yang disukai

CARA-CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Kacau sesekali untuk elak dari hangus.

2. Masukkan bahan rempah kacau sebati dan tumis lagi hingga terbit bau dan pecah minyak.

Ayam Masak Briyani

3. Masukkan pula serai, daun pandan dan tomato.

4. Kemudian asukkan ayam, kacau sebati biarkan ayam mengecut

Ayam Masak Briyani

5. Dan masukkan susu cair, air ikut pekat kuah yang disukai. Perisakan dengan garam gula.

Ayam Masak Briyani

6. Reneh hingga ayam masak atau boleh reneh lama sedikit biar isi ayam lembut.

Siap, selamat mencuba!

Ayam Masak Briyani

Sumber/Foto :  Aisyah Humaira

Related articles