Cara Buat Ayam Goreng Upin Ipin, Punyalah Sedap Bahkan Rangup Sampai Ke Petang!

Siri Upin Ipin antara animasi kegemaran ramai. hampir semua dalam kalangan kita pernah menonton siri Upin Ipin ini.

Jika anda perasan, Ipin wataknya suka sangat makan ayam goreng. Jadi perkongisan kali ini, kami nak share resepi ayam goreng Upin Ipin.

Nampak macam ayam goreng biasa, tapi rasanya bukan sahaja anak-anak malah mak ayah pun ketagih sama dibuatnnya.

Mari ikuti resepi ayam goreng Upin Ipin perkongsian Jimmy Aisy di bawah ini.

BACA JUGA : Patutlah Sedap Bebenor Ayam Goreng Mamak Ni. Rupanya Ini Rahsia Resepinya.

AYAM GORENG UPIN IPIN

Okey, ini lah bahan bahan rahsia jimmy yang org selalu tanya macam mana nak buat ayam goreng Upin Ipin Jimmy ni, tepung homemade yang jimmy buat. Boleh la share ya

ayam goreng upin ipin

BAHAN-BAHAN

  • Peha Ayam
  • 4 ulas bawang putih di tumbuk halus
  • 1/2 inci halia di tumbuk halus

Gaul ayam dengan dua bahan ni dan letak tepi dulu ..

ayam goreng upin ipin

BAHAN SALUTAN TEPUNG :

  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 Sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil white pepper
  • 1 sudu kecil black peppercorns
  • 1 sudu kecil ketumbar *
  • 1 sudu kecil jintan manis *
  • 2 sudu kecil jintan putih *
  • Pink Salt Himalayan ( boleh beli kat sini 👉🏻 https://shope.ee/5pj6TpVC13 )
  • Perasa secukup rasa

CARA-CARA :

1. Sangai bahan yang bertanda * dan kisar halus. Kemudian masukkan bahan tepung ke dalam satu bekas dan gaulkan sehingga rata. Masukkan juga bahan sangai yang dikisar tadi.

2. Seterusnya masukkan baking powder, garam, perasa, white pepper, black peppercorns dan gaul rata. Jika nak pedas boleh tambah chilli powder.

3. Ambil sesudu makan tepung yang sudah dibancuh dengan bumbu kemudian gaul dengan peha ayam. Biar basah sikit, selepas itu baru gaul dengan tepung yang banyak. Biarkan ayam disalut rata macam tepung gomak ok.

ayam goreng upin ipin

4. Sediakan kuali atau periuk dan goreng ayam guna minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam. Pastikan minyak kena betul-betul panas, baru tepung terus lekat, api kena perlahan supaya bahagian dalam ayam masak.

5. Jangan balik-balikkan ayam ketika menggoreng. Goreng ayam dalam 8 ke 10 minit, jadi 4 minit satu side dan 4 minit lagi satu side.

InsyaAllah rangup sampai ke petang nanti.

ayam goreng upin ipin

Opss tepung tu yang lebih boleh simpan masuk dalam belas, tutup rapat. Esok lusa nqk makan dah tak payah susah nak buat lagi. Selamat mencuba!!

Sumber/Foto : Jimmy Aisy

Related articles