Jika tiada idea nak masak masakan yang banyak lauk anda boleh cuba resepi Butter Milk Chicken perkongisan Nasriah Ramli ini.
Hidangan ringkas, mudah dan sedap disediakan. Tak perlu lauk banyak.. cukup lauk ini sahaja di makan bersama nasi. Menariknya resepi Butter Milk Chicken ini akan tetap rangup berkuah, sebab ayam digoreng menggunakan tepung salut.
Mari ikuti perkongisan di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Ayam Goreng Bawang Putih Viral, Crunchy Diluar Juicy Didalam. Memang Sedap!
BUTTER MILK CHICKEN / AYAM BUTTER MILK
BAHAN-BAHAN :
- Isi ayam dipotong
- Tepung Bestari
- 2 sudu makan butter/margerin
- Bawang putih dicincang
- Daun kari
- 1/2 tin susu cair
- Cili padi – dipotong
- 2 sudu susu pekat
- 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN :
1. Gaul isi ayam bersama sedikit garam dan gula sehingga sebati. Kemudian salutkan isi ayam tadi dengan tepung bestari. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
2. Panas 2 sudu besar butter/margerin sehingga cair.
3. Kemudian tumis bawang putih dan daun kari.
4. Setelah itu masukkan 1/2 tin susu cair. Panaskan seketika.
5. Seterusnya masukkan cili padi yang telah dipotong.
6. Diikuti 2 sudu makan susu pekat dan 1/2 cawan air (jika suka pekat boleh masukkan 1 sudu makan tepung jagung). Kacau dan biarkan ia mendidih dan masukkan sedikit garam dan gula.
7. Akhir sekali masukkan isi ayam yang telah digoreng. Gaulkan sehingga sekata. Tutup api dan boleh dihidangkan.
Selamat Mencuba!
Sumber/Foto : Nasriah Ramli
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku