Cara Buat Apam Puteri Ayu Cheese Coklat Yang Gebu, Lembut & Sangat Sedap!

Bagi mereka yang meminati cheese mesti pernah mencuba apam puteri ayu coklat cheese ini. Rasa coklat bersama gabungan cheese memang memikat selera. Ditambah teksturnya yang lembut dan gebu membuatkan ia bertambah sedap.

Nak membuatnya ringkas dan mudah sebenarnya. Anda boleh mencuba membuatnya sediri di rumah. Bagi mereka yang tidak meminati cheese bolehlah masak apam coklat sahaja. Resepi perkongsian Mas Cotek ini boleh anda jadikan panduan untuk membuat apam puteri ayu coklat cheese yang lembut dan gebu.

Mari kita ikuti perkongisan resepi di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Apam Susu Gebu Gebas. Makin Lama Putar, Makin Gebu Hasilnya

APAM PUTERI AYU COKLAT CHEESE

BAHAN-BAHAN A

Satukan semua bahan, ayak dan ketepikan

  • 1 cwn tepung
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdt soda bikarbonat

BAHAN-BAHAN B

Satukan semua bahan. Dengan menggunakan api perlahan masak sehingga gula larut.

ADVERTISEMENT
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn susu cair
  • 3/4 cwn susu pekat manis
  • 3/4 cwn gula pasir

BAHAN C

Blend

  • 4 biji telur

BAHAN ADUNAN CHEESE

  • 250 gm cream cheese
  • 80 gm gula kastor
  • 25 ml susu cair (ganti dengan air pun boleh)
  • 40 gm tepung gandum
  • 1 biji telur

CARA-CARANYA:

1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B, diselang selikan dgn Bahan C

ADVERTISEMENT

2. Sebatikan dan ketepikan

3. Kemudian satukan kesemua bahan adunan cheese, pukul/mix sehingga sebati. Masukkan dalam piping beg dan ketepikan.

4. Sediakan acuan, sapu sedikit minyak.

5. Panaskan air hingga mendidih.

6. Paipkan adunan chese ke dalam acuan (agak-agak nak tebal mana cheese nya ya)

7. Kemudian kukus selama 3 minit.

8. Angkat kemudian tuang pula adunan coklat 3/4 paras acuan.

9. Kukus 5 ~ 10 minit.

10. Sejukkan sedia dihidangkan

Resepi ini menghasilkan 50 biji apam coklat cheese. Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles