Cara Buat Apam Nasi Yang Lembut & Gebu. Ada 2 Cawan Nasi Pun Dah Boleh Buat, Mudah Je!

Kebiasaanya jika ada lebihan nasi di dapur kita akan memasakanya untuk dijadikan nasi goreng. Nak dibuang sayang dan membazir pula. Selain dijadikan nasi goreng anda juga boleh menggunakan lebihan nasi itu untuk dijadikan apam nasi.

Apam Nasi antara kuih yang menjadi hidangan kegemaran untuk sarapan atau minum petang. Nak membuatnya juga ringkas dan mudah. Caranya boleh ikut perkongsian Rashida CikDa ini. Lebih memudah resepi perkongsian beliau ini guna sukatan cawan saja, hasilnya memang lembut dan gebu.

Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Tak Perlu Kukus! Ini Cara Buat Kuih Tepung Pelita Versi Kacau. Sekali Kacau Dapat 25 Bekas

RESEPI APAM NASI

Arwah tok suka sangat apam nasi ni.. sekali makan dia kata lembut. Tak lekang dimulut dok kata lembut.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 sdk yis
  • 2 1/2 cawan air

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Kisar halus nasi, gula dan air sehingga sebati.

2. Sediakan satu bekas, masukkan tepung dan yis. Gaul sehingga sebati.

3. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam bekas yang berisi tepung dan yis tadi. Gaul sehingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian jika hendak warna apam nasi berwarna.

5. Setelah itu perap adunan selama 3 jam.

6. Setelah diperap, masukkan adunan ke dalam acuan untuk dikukus. Kukus selama 10-15 minit untuk acuan kecil atau 45 minit untuk loyang besar.

7. Siap, boleh dihidangkan bersama kelapa parut atau di makan begitu sahaja.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Rashida CikDa

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles