Cara Buat Aiskrim Vanila Homemade. Memang Sedap! Anak-Anak Kata Rasa Macam Aiskrim Vanilla McD

Musim cuaca panas ni, tekak terasa nak makan benda sejuk-sejuk je. Nikmat sungguh. Jadi antara yang terlintas dipikiran antaranya aiskrim. Nak beli satu takut tak cukup, lagi lagi ahli keluarga ramai.

Jadi buat sahaja sendiri aiskrim. Antara aiskrim yang ringkas, mudah dan sedap yang boleh anda buat di rumah ialah aiskrim Vanilla. Rasanya yang lembut, wangi dan bertekstur halus bila dimakan. Anak-anak pun suka sangat dengan aiskrim Vanilla ni.

Nak buatnya pun mudah sahaja. Bahan pula ringkas sahaja, 5 bahan sahaja diperlukan. Jimat bukan. Jom kita lihat resepi perkongisan Rohani Siti ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Aiskrim Asam Boi Jadi Lagi Sedap, Ais Pun Halus Je. Tambah 2 Bahan Ini!

RESIPI AISKRIM VANILLA

Alhamdulillah, 1st time cuba buat resepi ni menjadi.. anak-anak kata rasa mcm aiskrim vanilla mcD.

BAHAN-BAHAN :

  • Telur – 1 biji
  • Gula – 5 sudu makan
  • Ovelet – 2 sudu makan
  • Susu cair – 1 tin
  • Esen vanila – 1 sudu teh

CARA PENYEDIAANYA :

Campur semua bahan sekali dalam mixer. Guna spin laju lebih kurang 30 minit. Pukul sampai jadi putih gebu. Akhir sekali, masukkan ke dalam bekas bertutup dan sejukkan dalam freezer.

Siap!

Mesti cuba. InshyaAllah memang menjadi.

Sumber/Foto : Rohani Siti

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles