Cara Buat Air Teh Rempah Yang Kaw Sedap. Resepi Ramuan Ini Bikin Ketagih Dibuatnya!

Bagi mereka yang meminati minuman berasaskan teh menjadi satu kenikmatan apabila dapat menhirup teh yang sedap dan kaw. Bagi penggemar minuman teh anda kena cuba resepi teh rempah ini. Rasanya memang lain daripada teh-teh yang pernah anda minum.

Teh ini boleh jadi lebih kaw, lebih power daripada teh yang anda biasa minum di kedai atau restoran mamak. Mari ikuti perkongisan resepi teh rempah oleh Rokiah Carangkulina ini yang viral sehingga meraih 9 ribu shares. Pasti anda akan sukakan rasanya. Silap-silap teh rempah ini yang akan ada ulang minum.

Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Air Nescafe Yang Smooth & Lemak Berkrim, Seakan Coffee Di Barista Ternama!

RESEPI TEH REMPAH SEDAP

Hidang air untuk suami. Cara saya…. Rindu nak buatkan teh untuk abah jua

BAHAN-BAHAN :

Resepi 1 teko (+- 1 liter):

  • 1 sudu Serbuk teh berkualiti
  • 1 keping Kayu manis (patahkan kecil-kecil)
  • 1 biji Buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • Susu manis, cair, segar (ikut stok apa yang ada dirumah)
  • Secubit garam

CARA-CARA MEMBUATNYA :

1. Pertama sekali, rebus teh dengan 1 liter air.

2. Kemudian, masukan pula semua rempah ratus.

3. Tunggu mendidih sekejap dan sejat sedikit. Guna api perlahan.

4. Tuang susu ikut selera. Kemudian, tutup api.

5. Letak secubit garam dan kacau seketika.

6. Akhir sekali, tapis dan siap untuk dihidang.

Maaf ya… Serbuk teh yang saya gunakan import dari India. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Rokiah Carangkulina

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles