Minuman berasaskan buah-buah merupakan minuman yang ‘common’ yang biasa dihidangkan sebagai minuman untuk diminum sendiri mahupun untuk tetamu yang bertandang. Minuman jenis ini mudah disediakan dan dihidangkan justeru ia menjadi minuman utama selain minuman panas atau sejuk seperti teh atau kopi.
Jika ada peminat minuman berasaskan oren, apa kata anda cuba resepi yang dikongsikan oleh Nur Haziqah ini. Resepi air oren ala ala vitagen. Maka kepada penggemar air oren khususnya vitagen kini ada boleh minum minuman kesukaan ada dengan puas. Yela, kan kocik ja botol air vitagen tu kan? Hah.. jadi apa kata anda cuba resepi ini..
Jika ada tidak meminat rasa oren anda boleh sahaja tukarkan oren sunquick kapada perisa anggur misalnya pun boleh. Nanti hasilnya akan rasa vitagen anggur. Menarik bukan?
Jadi, mari kita ikuti perkongsian Nur Haziqah ini yang viral ini. Pengkosian beliau di group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) telah mendapat lebih 9.3 ribu perkongsian.
Dan yang paling best, anda cuma perlukan 2 bahan utama sahaja.. ya 2 bahan.. jom ikuti pengkogsian ini
RESEPI AIR OREN ALA-ALA OREN VITAGEN RASANYA!
Air oren pun nak post ?
Yee nak post sebab sedap
Air oren ala-ala vitagen
BAHAN-BAHAN
- 4sb Susu pekat
- 4sb Oren sunquick
- 200 ml Air panas
- Air Sejuk & Ais Batu
CARA MEMBUAT
STEP 1 :
Bancuh 4sb Oren Sunquick dan 4sb susu pekat ke dalam bekas.
STEP 2 :
Bancih 2 bahan tadi (4sb Oren Sunquick dan 4sb susu pekat) dengan air panas
Ketika membancuh pastikan anda kacau laju-laju sehingga sebati supaya air tidak berkeladak.
Tahap kemanisan boleh adjust ikut selera dan kesesuaian anda.
STEP 3 :
Tambahkan air dan simpan di dalam peti sejuk atau masukka air batu.
SIAP! UNTUK DIHIDANG
ada ramai yang sudah mencuba dan pelbagai maklum bals diterima antaranya :
“.. selalu saya buat minum, boleh turun berat badan, dah la sedap..” – kata Jannatul Hakimy
“.. Pernah jugak buat cmni.. memang air rasa cam vitagen sedapp ..” – komen Suzielah mohamed
Jika ada suka artikel perkongsian ini, jangan lupa share kepada rakan-rakan anda ok..
selamat mencuba
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Di olah oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit : Nur Haziqah