Cara Buat Acar Rampai Yang Rangup Dan Sedap, Lauk Kenduri Pembuka Selera. Ini Caranya!

Acar rampai merupakan hidangan yang biasanya dihidangkan dalam majlis-majlis istimewa seperti majlis kenduri kahwin. Walaupun ia merupakan menu sampingan namun acar rampai menjadi istimewa kerana ia digandingkan dengan lauk-pauk yang lain menjadikan ia satu hidangan lengkap yang sempurna.

Jika teringin nak makan anda boleh buatnya sendiri di rumah. Nak tunggu kenduri kahwin entah bila lagi ada. Itu pun jika ada dihidangankan.

Nak buat acar rampai yang sedap dan rangup ada caranya. Ikuti sahaja resepi perkongsian oleh Abg Apitte ini. Confrim sedap.

ADVERTISEMENT

Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Gulai Daging Kawah, Rasanya Sebiji Macam Dekat Kenduri!

RESEPI ACAR RAMPAI

BAHAN ACAR RAMPAI

  • 5 biji Timun muda – bahgian tengah dibuang dan dipotong memanjang
  • 2 biki Lobak Merah – dipotong memanjang

Setelah bahan dibersihkan dan dipotong, rendam dengan 2 sudu kapur makan 30-40minit sebelum masak untuk bagi rangup, kemudian bilas dan toskan. Asingkan

ADVERTISEMENT

BAHAN SAMBAl ACAR

Sterusnya kita lanjutkan dengan membuat sambal acar.

1. Pertama, panaskan 1 cawan minyak masak, kemudian masukan 15 biji bawang putih (kalau besar potong 2) 10 biji bawang ros. Tumis sekejap

ADVERTISEMENT

2. Kemudian masukan 2biji bawang besar kisar, 3 inci halia kisar dan 2-3 sudu cili kisar,3 sudu biji sawi tumis sampai wangi.

3. Seterusnya, masukkan 2 sudu makan serbuk kari daging, 2 sudu makan serbuk kari ikan, sesudu serbuk kunyit.. Masukan air dan tumis sampai pecah minyak.

4. Masukan cuka makan anggaran 4-5 sudu makan, sos tiram sikit, sos cili sikit. Masukan gula dan perasa (acar ni kena manis-manis masam). Masak sampai agak pekat dan tutup api.

5. Bila dan suam baru masukan sayur tadi, boleh tambah setengah genggam bijan sangai ataupun kacang goreng tumbuk.

SIAP UNTUK DINIKAMATI

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Abg Apitte

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles