Cara Bersedekah Yang Dapat Memadamkan Murka Allah سبحانه و تعالى‎

Di Kota Madinah dahulu, yang bersedekah secara diam-diam di waktu pekat malam adalah Imām Ali Zainal ‘Abidīn bin Husain bin Ali رضي الله عنهم, cicitnya Rasūlullāh صلى الله عليه وآله وسلم

Diriwayatkan …

Ibnu ‘Uyainah, daripada Abu Hamzah Ats-Tsimāli, ia berkata bahwa Imam ‘Ali bin al-Husain رضي الله عنهما biasa memikūl roti (gandum) di atas belakangnya ke rumah-rumah orang mīskīn di tengah kēgelāpān malam.

ADVERTISEMENT

Imām ‘Ali Zainal ‘Abidīn berkata:

إِنَّ الصَّدَقَةَ فِي سَوَادِ اللَّيْلِ تُطْفِئُ غَضَبَ الرَّبِّ

“Sesungguhnya sedekah di tengah gelāp malam itu akan memādam mūrkā Rabb (Allāh Ta’āla).”

Yunus bin Bakir, dari Muhammad bin Ishāq berkata:

ADVERTISEMENT

كَانَ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ المدِيْنَةِ يَعِيْشُوْنَ، لاَ يَدْرُوْنَ مِنْ أَيْنَ كَانَ مَعَاشُهُمْ، فَلَمَّا مَاتَ عَلِيٌّ بْنُ الحُسَيْنِ، فَقَدُوا ذَلِكَ الَّذِي كَانُوْا يُؤْتُوْنَ بِاللَّيْلِ

“Dulu penduduk kota tersebut hidup dan tidak mengetahui dari mana asal makanan (roti) tersebut. Ketika Imām ‘Ali bin al-Husain رضي الله عنهما wafat, mereka tidak mendapatkan roti itu lagi yang biasa mereka dapatkan tiap malam.”
Jarīr bin ‘Abdul Hamid, dari. ‘Amr bin Tsābit, dia berkata:

ADVERTISEMENT

لماَّ مَاتَ عَلِيٌّ بْنُ الحُسَيْنِ، وَجَدُوا بِظَهْرِهِ أَثَرًا مِمَّا كَانَ يَنْقُلُ الجُرُبَ باِللَّيْلِ إِلَى مَنَازِلِ الاَرَامِلِ

“Ketika ‘Imām Ali bin al-Husain رضي الله عنهما wāfāt, mereka mendapati di belakangnya itu ada bekas kerana seringnya memīkūl kantōng dari kulīt pada malam hari ke rumah-rumah orang-orang yang susāh.”

Syaibah bin Na’āmah berkata:

لما مَاتَ عَلِيٌّ وَجَدُوْهُ يَعُوْلُ مِئَةَ أَهْلِ بَيْتٍ

“Ketika Imam ‘Ali bin al-Husain رضي الله عنهما wāfat, mereka dapati bahwa beliau itu mencukupkan nafkah untuk 100 ahli rumah.”

Sebahagian penduduk Madīnah mengatakan:

مَا فَقَدْنَا صَدَقَةَ السِّرِّ، حَتَّى تُوُفِّيَ عَلِيٌّ

“Kami tidak pernah tidak mendapati sedekah diam-diam sehinggalah Imam ‘Ali bin al-Husain رضي الله عنه wafāt.” (Siyar A’lām An-Nubalā’, 4:393-394).

عليه السلام

video sekadar hiasan

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Abu Zahrah Abdullah Thohir

ADVERTISEMENT

Related articles